**********

Paparan Yang Luas Untuk Hiburan Berganda

Honor 9 Lite dibina berasaskan peranti induk kerana rekaannya sangat kemas dan terasa premium. Proses pembuatan yang teliti melalui lapisan optikal skala-nano membolehkan 12 lapisan gelas ini memberikan efek seperti cermin. Ia juga lebih selesa dipegang dan digenggam kerana gelas 2.5D dengan kerangka badan dibina menggunakan badan bersaiz 5.2-inci, sekaligus menjadikan peranti ini sebenarnya menyediakan skrin sebesar 5.65-inci FullView Display.

Peranti ini tampak lebih moden dengan nisbah skrin-ke-kerangka lebih tinggi diikuti resolusi skrin FHD+ 1080 x 2160 piksel. Jika dibandingkan dengan peranti induk Honor 9 yang terdahulu, teknologi paparan pada Honor 9 Lite jauh lebih maju.

 

Skrin Dan Audio Macam Panggung Wayang!

Honor sedar apa yang pengguna mahukan, jadi dengan kehadiran skrin 18:9 yang memanjang ini, pengguna secara tidak langsung dapat menikmati pengalaman menonton seperti di panggung wayang.

 

Bahagikan Skrin Kepada Dua!

Paparan yang baik tidak hanya tertumpu kepada saiz dan resolusinya, oleh itu ada juga fungsi lain yang mampu memudahkan para pengguna. Honor 9 Lite menyediakan fungsi pembahagian skrin di mana pengguna boleh membuka dua aplikasi secara serentak.

Jadi, tidak mustahil pengguna boleh menyalin nota sambil membuka pelayar Chrome atau menaip mesej WhatsApp sambil menonoton kandungan video di YouTube.

 

Fotografi Unik Dengan Kuad-Kamera HD

Biarpun Honor 9 Lite dijual pada harga di bawah RM800, ia tidak menghalang pasukan jurutera Honor untuk meletakkan sistem kuad-kamera pada peranti ini. Lebih-lebih lagi pengguna di Malaysia memang gemarkan fotografi khususnya berswafoto, telefon ini ada gabungan kamera 13MP + 2MP di depan dan di belakang. Jangan keliru, sebab keempat-empat kamera ini mampu memberikan gambar yang menarik kepada pengguna.

Efek Bokeh Jadikan Swafoto Lebih Cantik

Mungkin daripada segi nombor 13 dan 2 agak kecil, tetapi dengan kombinasi kedua-dua sensor ini, ia mampu memberikan gambar swafoto yang baik menggunakan aperture f/2.0. Senang cerita, bagaimana kamera belakang dapat merakam gambar, begitu juga kamera depan dapat lakukan.

Ketelitian pada lensa tidak lengkap jika pemprosesan imej tidak diolah. Oleh itu, kamera depan ini juga menyediakan mod potret dan efek bokeh. Misalnya pengguna mengaktifkan mod potret, ia boleh meningkatkan lagi tahap kecantikan pada wajah. Begitu juga jika pengguna ingin mendapatkan gambar dengan latar belakang kabur, efek bokeh turut boleh diaktifkan.

Dwi-kamera Utama Tidak Mengecewakan

Prestasi yang lebih kurang sama seperti kamera depan dengan mod potret, efek bokeh dan lain-lain, ia juga tidak kurang hebatnya beraksi dalam mengambil gambar pemandangan atau rakan-rakan.

 

Diambil menggunakan mod auto sepenuhnya

Kamera ini juga tiada masalah untuk merakam gambar dengan latar cahaya yang tinggi seperti di tepi pantai. Wajah rakan-rakan masih kelihatan, dan perlu diingatkan bukan semua kamera pada telefon pintar di pasaran dalam segmen yang sama mampu lakukan.

Ering sendiri sudah mengulas lanjut mengenai kebolehan kamera pada peranti ini, jelas sekali memang tidak mengecewakan!

Hasil gambar yang lain, boleh klik sini >> Hasil Gambar

 

• Mod Potret

Oh tak lupa, kalau ambil gambar seseorang tu, boleh gunakan mod potret untuk laraskan tahap kecantikan mengikut kesesuaian dan jangan keterlaluan yeh!

• Mod Wide Aperture

Bagaimana pula untuk mod wide aperture? Mod ini membolehkan pengguna melaras cahaya yang masuk kedalam lensa sewaktu mengambil gambar objek atau orang dengan jarak dekat kurang daripada dua meter. Melaras aperture dengan betul boleh mendapatkan efek gambar yang terbaik.

Mod HDR

Seperti yang dikatakan tadi, gambar orang yang membelakangkan cahaya terang masih lagi jelas kelihatan. Ia atas bantuan HDR yang ditugaskan untuk mengurangkan cahaya silau khususnya cahaya matahari.

Mod Panorama

Mod panorama sangat sesuai digunakan semasa melawat atau mengunjungi tempat-tempat menarik. Mod ini boleh digunakan untuk merakam keseluruhan gambar hampir 180 darjah di sekeliling tanpa perlu menekan butang shutter berulang kali.

Kawalan Gerakan-Tangan

Aktifkan kawalan gerakan-tangan untuk mengambil gambar swafoto. Melalui alat pengimbas pada peranti, Honor 9 Lite dengan mudahnya akan mengambil gambar si pemakai dengan hanya menaikkan tapak tangan untuk kamera menekan shutter dengan sendiri.

Gambar Bergerak (Ciri baik)

Mengambil gambar pegun agak membosankan, bagi menjadikan ia lebih ceria pengguna boleh aktifkan Moving Pictures. Ciri ini akan membenarkan kamera merakam video ringkas 3 saat sebelum dan selepas butang shutter ditekan.

Menarik bukan, dah rasa macam guna iPhone X pula!

 

Spesifikasi Premium, Konfigurasi Optimum

Soalan utama apabila membeli telefon pintar ialah, Apakah pemprosesnya? Jenama apa yang diguna? Cip ini baik ke? Prestasi laju ke?

Honor 9 Lite didatangkan dengan cip pemproses HiSilicon Kirin 659 berasaskan cip 16nm yang berkelajuan 2.36GHz. Ia juga diperkukuhkan lagi dengan sistem grafik (GPU) yang sesuai untuk bermain permainan mudah alih, sekaligus menjadikan ia peranti kompak yang sesuai untuk dibeli para gamer.

Daripada segi keselamatan, Honor 9 Lite hadir dengan pengimbas cap jari versi 4.0. Ia merupakan sistem keselamatan yang dipercayai, malah juga pantas untuk dinyahkunci. Pengimbas cap jari yang terletak di panel belakang menawarkan kepantasan kurang dari 0.25 saat, maka ia lebih pantas berbanding menggunakan pengecaman wajah.

 

Android Terkini Diikuti Antaramuka EMUI Terbaru

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, Honor 9 Lite dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo dan antaramuka EMUI 8.0 terus daripada kotak. Menerusi perisian terbaru ini, pengguna dapat menikmati kelancaran dan kepantasan menggunakan peranti, dalam masa sama penggunaan bateri yang lebih efisyen.

Butang Navigasi Dok Yang Memudahkan

Antaramuka EMUI 8.0 telah dikemas kini untuk menjanjikan ia lebih mesra pengguna, butang navigasi kini lebih mudah digunakan dan ia boleh diaktifkan jika perlu. Misalnya butang navigasi dok telah diaktifkan, pengguna boleh menggunakan beberapa sentuhan yang berbeza.

Contoh antaramuka EMUI 8.0

Jika dengan satu sentuhan, ia akan kembali kepada halaman sebelum, tekan sekali dan tekan untuk seketika ia akan kembali kepada halaman utama. Untuk membuka skrin tugas terkini (recent tasks screen), pengguna perlu tekan untuk seketika dan leretkan butang tersebut.

Untuk pengetahuan pengguna, butang navigasi dok ini akan terapung dan pengguna boleh mengalihkannya dengan meleret butang tersebut di mana-mana bahagian pada skrin.

 

Manfaat Daripada Paparan FullView

Paparan FullView lebih bermanfaat jika ia boleh digunakan secara landskap. Pengguna yang menggunakan cara ini dapat melihat lebih banyak info serta menguruskannya seperti contoh membuka e-mel, pengguna tidak perlu membukanya satu per satu.

Selain itu, paparan FullView ini direka dengan fungsi anti-kesilapan menggunakan 65 jenis kesalahan sentuh bagi mengelakkan telefon beroperasi secara kendiri. Andai kata, telefon diletakkan di dalam poket, ia tidak akan membuka sebarang aplikasi, sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga secara berlebihan.

 

Tips Pintar Yang Lain

EMUI 8.0 kini menawarkan tips kepada pengguna, ciri pintar ini akan mencadangkan pengguna untuk mengaktifkan mod membaca sekiranya pengguna menatap skrin dengan begitu lama dalam persekitaran gelap. Ciri ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan otot mata daripada keletihan.

Di samping itu, untuk fungsi screenshot ia lebih mudah dengan meleret tiga jari ke arah bawah, selain melakukan cara tradisional dengan menekan butang kunci dan butang suara bawah dengan serentak.

 

Sistem Nyahkunci Face Unlock

Untung bagi mereka yang membeli Honor 9 Lite ini, kerana mereka akan ditawarkan ciri keselamatan pintar, Face Unlock. Sistem ini membolehkan pengguna menyahkunci peranti hanya menggunakan imbasan wajah. Ini juga sebahagian pilihan selain menggunakan cap jari, paten, PIN dan kata laluan.

 

Patutkah Anda Mendapatkan Honor 9 Lite?

Jawapannya ya! Dengan berbelanja kurang daripada RM750, pengguna dapat memiliki telefon berkuasa setanding telefon yang dijual pada harga ribuan Ringgit. Bagi kami 5 aspek yang penting seperti Paparan, Perkakasan, Penggambaran, Rekaan dan Binaan sangat seimbang pada Honor 9 Lite. Ia juga dipadankan dengan harga mampu milik, lantas untuk memiliki peranti ini sangat-sangat berbaloi.

Honor 9 Lite boleh beli di laman e-dagang VMALL.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here