Maxis Mengetengahkan ONEder Parent Khusus Bagi Membantu Ibu Bapa Tunggal

203
**********

Bersempena hari ibu yang disambut semalam, Maxis hari ini memperkenalkan ONEder Parent yang mana ia merupakan sebuah kempen yang khusus kepada ibu bapa tunggal yang berpendapatan rendah mencapai kebebasan kewangan menerusi platfom e-dagang Maxis.

Maxis yang bekerjasama dengan Parents without Parents (PWP), satu organisasi bukan untung berfungsi mengumpul dana untuk program dalam mengendalikan Jumble Station dengan menjual barangan terpakai antaranya buku, mainan, pakaian, aksesori, dan lain-lain.

Sebelum ini Jumble Station hanya bergantung kepada kedai fizikal untuk aktiviti jualan. Dengan hampir 50 peratus pengguna di Malaysia, potensi untuk mendigitalkannya dilihat lebih cerah. Jumble Station kini mensasarkan jenis pembeli untuk barangan yang berbeza. Oleh itu, ini merupakan kali pertama ibu bapa tunggal memasarkan barangan buatan mereka di e-kedai.

Disamping itu, pasukan eCommerce Maxis akan menubuhkan sebuah kedai dalam talinan untuk PWP dalam mewujudkan kesedaran dan memacu lawatan daripada pembeli Malaysia. Maxis juga akan menaja hosting selama setahun, menyelenggara, dan beri sokongan kepada laman sesawang e-dagang PWP.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari PWP di portal rasmi Maxis.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here