Maxis Kumpul & Sumbang Lebih RM60,000 Kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

279
**********
Maxis berjaya mengumpul lebih RM60,000 untuk Yayasan Buah Pinggan Kebangsaan Malaysia (NKF). (Dari tengah kiri – kanan) Chua Hong Wee, Ketua Pegawai Eksekutif NKF dan Robert Nason, Maxis CEO.

Dengan semangat wajar dan penuh harapan, lebih daripada 160 kakitangan Maxis berkumpul awal pagi Sabtu yang lalu untuk mengambil bahagian dalam Jogathon Amal Maxis di Lake Gardens. Misi utama bertujuan mengumpul dana dan mewujudkan kesedaran untuk Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).

Jogathon Amal tersebut terbuka kepada semua kakitangan Maxis dan dikategorikan kepada tiga jarak, setiap jarak memerlukan jumlah sumbangan minimum RM50 untuk 5km, RM100 untuk 10km dan RM150 untuk 15km.

Kakitangan Maxis telah mengumpul lebih RM30,000 dan jumlah tersebut dipadan oleh Maxis menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM61,550, melebihi sasaran Maxis iaitu sebanyak RM40,000.

Menurut Chua Hong Wee, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, terdapat kira-kira 40,000 pesakit buah pinggang di Malaysia dan jumlah ini meningkat sebanyak 20% setiap tahun. Disebabkan kos untuk dialisis adalah tinggi, jadi matlamat utama mereka adalah untuk mendidik masyarakat Malaysia mengenai kegagalan buah pinggang dan memberi nasihat kepada pesakit tentang apa yang perlu dilakukan selepas pemeriksaan kesihatan.

Saksikan video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai misi NKF.

Maxis Charity Jogathon- Meet NKF 1

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here