LG G7 ThinQ Dilancarkan – Kamera AI Dengan Lensa Sudut Lebar, Butang Khas Google Assistant

301
**********

Akhir-akhir ini kita sedia maklum LG sering menggunakan nama ThinQ dalam produk-produk keluarannya. LG tidak mengecualikan nama itu termasuklah menggunakannya pada telefon pintar mereka. Baru-baru ini LG G7 ThinQ telah dilancarkan secara rasmi.

LG G7 ThinQ didatangkan dengan skrin bersaiz 6.1-inci IPS LCD QHD+ beresolusi 3120 x 1440 piksel. Disertakan takuk kecil di bahagian atas, skrin ini boleh dikatakan seiras pesaingnya, Huawei P20 Pro. Apa yang menjadi kelebihan pada paparan peranti LG ini ialah ia hadir dengan fungsi keterangan luar biasa mencecah 1000nits apabila pengguna mengaktifkannya, selain ciri penyembunyian takuk boleh kustom juga diberikan.

Ciri penyembunyian takuk yang boleh kustom – tukar warna pada bahagian takuk

Dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan Android 8.0 Oreo, LG G7 ThinkQ juga dilengkapi memori RAM 4GB dan 64GB storan. Dibina dengan tubuh badan gelas, ia turut menyediakan slot kad microSD dan fungsi pengecasan pantas tanpa wayar. Bagi menambahkan pengalaman pengguna, satu butang fizikal khas Google Assistant diletakkan di sebelah kiri sisi kerangka.

Jabatan kamera dibekalkan dengan sistem dwi kamera utama 16 + 16 Megapiksel yang salah satunya menawarkan lensa sudut lebar dengan bantuan penggambaran AI (kecerdasan-buatan). Fungsi pintar ini membolehkan kamera mengenal pasti objek dan persekitaran untuk memproses imej yang terbaik – lebih kurang seperti peranti Huawei P20 Series. Kamera depan dimuatkan dengan sensor 8 Megapiksel yang terletak di bahagian takuk skrin.

LG G7 ThinQ mendapat pengiktirafan kalis air dan debu IP68 dan dijana bateri berkapasiti 3,000mAh. Walaupun bateri yang digunakan agak kecil untuk skrin yang besar, bateri boleh dicas menerusi fungsi pengecasan pantas Quick Charge 4.0. Pada bahagian audio, peranti ini dilengkapi satu speaker di bawah sahaja, dalam masa sama prestasi juga telah ditingkatkan kepada 40% daripada model yang terdahulu.

LG G7 ThinQ dikeluarkan dalam pilihan warna New Platinum Grey, New Moroccan Blue, Rasberry Rose, dan New Aurora Black. Tiada pengumuman harga dibuat setakat ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here