[Leaked] Nokia X6, Belum Rasmi Dah Mula Jual Di China?!

437
**********

Pada bulan April yang lalu, HMD Global dilaporkan akan memperkenalkan Nokia X6 (2018) tidak lama lagi. Khabar angin terkini mengatakan, “terjumpa” peranti terbaharu ini di laman e-dagang suning.com yang berasal dari China.

Dengan tanda harga jualan Yuan ¥1499 (kira-kira RM933), Nokia X6 baharu ini hadir dengan 4GB RAM dan 64GB ROM, beroperasi di bawah Android 8.1 dan menggunakan cipset Snapdragon 636 jelas mengetengahkan peranti ini di dalam kelas pertengahan.

Selain pemproses, Nokia X6 juga akan membawa sokongan trend masa kini kepada penggunanya seperti teknologi kecerdasan-buatan (AI), paparan FullView Display nisbah 19:9 pada skrin 5.8 inci FHD+, dwi lensa 16MP + 5MP pada kamera utama, serta 16MP kamera depan.

Adakah Nokia X6 bakal dilancarkan di pasaran tempatan? Kita nantikan “kejutan” dari HMD Global.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here