Kotak Hadiah Raya Eksklusif OPPO F7 Edisi Neelofa Menerima Pra-Tempah Mulai 01 Jun

726
**********

Berita mengenai edisi khas OPPO F7 x Neelofa, kini mendapat kepastian dari pihak OPPO Malaysia. Jualan OPPO F7 x Neelofa akan kekal sama harganya seperti varian biasa iaitu RM1,399, anda boleh memiliki edisi musim Hari Raya ini dengan membuat pra-tempah bermula 1 Jun 2018 pada jam 12 tengahari, melalui laman OPPO Store.

Apa yang tersedia dalam kotak hadiah ini? Menurut OPPO, kotak pembungkusan istimewa ini direka dengan corak hasil tangan Neelofa sendiri. Anda boleh mendapat hadiah percuma yang terdiri daripada tudung edisi raya dengan tandatangan Neelofa, sarung pelindung edisi Raya, kad ucapan Hari Raya dari Neelofa dan Bluetooth headset.

Bluetooth headset

Selain hadiah dalam kotak pembungkusan, anda juga akan mendapat gambar swafoto eksklusif dari Neelofa, wallpaper Neelofa dan juga nada dering istimewa dari Neelofa di dalam OPPO F7.

Tudung edisi raya dengan tandatangan Neelofa

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here