Huawei nova 3e Mula Dijual Pada 25 Mei 2018 – Berharga RM1,399

461
**********

Sebelum ini, Huawei telah mengumumkan penggantian model sedia ada Huawei nova 2i kepada Huawei nova 3e. Walaubagaimanapun, pihak Huawei Malaysia masih belum mengumumkan harga untuk peranti ini.

Terkini, Huawei telah bersedia untuk berkongsi mengenai harga nova 3e yang akan dijual di pasaran tempatan bermula 25 Mei 2018 ini dengan tawaran harga RM1,399. Anda boleh mendapatkan telefon pintar ini di semua kedai konsep Huawei di seluruh Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rebat sekiranya anda membeli Huawei nova 3e bermula 18 Mei sehingga 31 Mei 2018, yang mana telefon pintar ini dijual pada harga RM1,320, iaitu potongan sebanyak RM79. Selain itu, pelanggan juga akan menerima Huawei Tripod Selfie Stick bernilai RM68 sementara stok masih ada.

Huawei nova 3e hadir dengan rekaan lebih segar mengikuti trend semasa melalui skrin hampir penuh dengan takuk bersaiz 5.84 inci FullView Display 2.0. Mensasarkan untuk digunakan oleh golongan yang gemarkan swafoto, kamera depan nova 3e hadir dengan sensor 24 Megapiksel bersama ciri AR Lens yang agak popular sejak kebelakangan ini.

Rekaan gelas yang berkilau kini diguna pakai bagi menggantikan tubuh badan logam yang digunakan pada nova 2i, sekaligus aspek luaran menjadi lebih premium. Dikuasakan cip Kirin 659, peranti ini menawarkan RAM 4GB dan storan 64GB diikuti sistem operasi Android 8.1 Oreo.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here