Huawei nova 3e Akan Diperkenalkan Di Malaysia Menggantikan nova 2i?

591
**********

Huawei hari ini mengumumkan penggantian model sedia ada Huawei nova 2i kepada Huawei nova 3e. Peranti terbaharu ini hadir dengan rekaan lebih segar mengikuti trend semasa melalui skrin hampir penuh dengan takuk bersaiz 5.84-inci FullView Display 2.0.

Huawei mensasarkan peranti ini untuk digunakan oleh golongan yang gemarkan swafoto, yang mana kamera depan Huawei nova 3e hadir dengan senso 24 Megapiksel bersama ciri AR Lens yang agak popular sejak kebelakangan ini. Rekaan gelas yang berkilau kini diguna pakai bagi menggantikan tubuh badan logam yang digunakan pada nova 2i, sekaligus aspek luaran menjadi lebih premium.

Huawei nova 3e dikuasakan cip Kirin 659 dengan RAM 4GB dan storan 64GB diikuti sistem operasi Android 8.1 Oreo. Bagi yang masih belum tahu, peranti ini sebenarnya versi permulaan untuk siri Huawei P20 yang dilancarkan awal bulan lalu.

Walaubagaimanapun, pihak Huawei Malaysia masih belum mengumumkan harga untuk peranti ini dan ketersediaannya di pasaran. Mereka memaklumkan akan membuat pengenalan harga dalam masa terdekat ini.

Reviu Eksklusif: Huawei nova 3e, Adakah Ia Model Alternatif Bagi Huawei P20?!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here