HTC U12+ Kini Rasmi Dengan Empat Kamera, Snapdragon 845, Panel Belakang Lutsinar

505
**********

HTC U12+ telah dilancarkan secara rasmi hari ini menampilkan reka bentuk lebih moden dengan skrin bersaiz 6-inci Super LCD 6 QHD+ dengan nisbah 18:9. Skrin yang besar ini mendapat sokongan HDR 10 serta paparan tahan lasak Corning Gorilla Glass.

Dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845, ia ditemani memori RAM 6GB dan storan sehingga 128GB. Bateri sebesar 3,500mAh hadir dengan teknologi Quick Charge 3.0. Sistem operasi pula lebih kemas bersama Android 8.0 Oreo serta antaramuka Edge Sense 2 dicipta khusus untuk digunakan sebelah tangan.

Bahagian kamera pula, HTC U12+ hadir dengan dwi kamera belakang UltraPixel 12 Megapiksel f/1.75 dan telefoto zum 2-kali 16 Megapiksel f/2.6. Sensor ini juga menyokong penstabilan imej optikal dan dwi LED flash serta rakaman video sehingga 4K 60fps disamping rakaman video gerak-perlahan 1080p 240fps.

Untuk kamera depan, peranti ini didatangkan dengan dwi lensa 8 Megapiksel f/2.0 bersudut lebar 84 darjah yang menyokong mod bokeh lebih baik. Selain daripada mengambil gambar, lensa ini juga berfungsi sebagai Face Unlock dan integrasi hiburan stiker AR.

Tubuh badan peranti ini diperbuat daripada gelas lutsinar dengan ciri kalis air dan debu IP68. Pengimbas cap jari masih lagi dibekalkan di raung panel belakang bersama fungsi NFC, Bluetooth 5.0, USB Type-C, Edge Sensor serta sistem audio BoomSound Hi-Fi edition.

Pilihan warna yang dinamakan Liquid Surface menawarkan kemasan warna Translucent Blue, Ceramic Black, dan Flame Red. Tiada tarikh khusus bila ia akan dibawa masuk ke Malaysia termasuk tanda harga peranti.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here