**********

Honor 10 akhirnya diperkenalkan ke pasaran Malaysia semalam dan ia merupakan telefon pintar yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Boleh dikatakan, ada yang ambil keputusan untuk tidak membeli telefon lain semata-mata nak tunggu Honor 10 ini dilancarkan. Apa yang menarik sangat dekat Honor 10 ni ialah ia sebuah peranti kelas induk dengan spesifikasi ‘boleh tahan’. Sebelum terlupa, harga yang ditawarkan pula ialah RM1,699. Ya! Kami terkejut juga pada awalnya kerana kami jangkakan ia akan dijual pada julat harga RM1,800 ke RM2,000 sebuah.

Berminat, boleh beli di

Bagi yang belum tahu, honor menggunakan siri honor N untuk peranti ini. Siri honor N merujuk kepada nombor di mana sebelum ini generasi honor N digunakan pada honor 8 dan honor 9, ia juga termasuk honor 8 Pro yang menfokuskan sebuah peranti dalam segmen gaming.

Aurora Glass diberi nama sebagai imej tumpu untuk honor 10 kali ini. Nama Aurora diilhamkan daripada satu destinasi tumpuan pelancong yang gemar melihat keindahan langit yang terletak di sebelah utara Eropah. Masih tertanya-tanya apa honor 10 sebenarnya, sila baca lagi.

 

Warna ‘Phantom’

Bagi yang berminat dengan warna-warna fansi seperti Phantom Blue dan Phantom Green, telefon ni dicipta menggunakan 15 lapisan gelas di mana bahagian kedua daripada lapisan ditugaskan untuk memberikan efek yang unik. Kalau dah pegang peranti ni nanti, mesti anda akan kagum dengan tukaran warna ia kerana setiap sudut pandangan menghasilkan warna yang berbeza.

Jadi, untuk golongan muda khususnya yang gemarkan penampilan menonjol, honor 10 merupakan peranti yang tepat untuk dipilih. Setiap unit yang dihasilkan tidak sama seperti unit lain, kerana honor memberikan sentuhan khas untuk setiap unit dikeluarkan. Pendek cerita, walaupun jenis warna yang sama antara anda dan kawan-kawan, efek dia akan berlainan lah!

 

Cap Jari Ultrasonik Bawah Gelas

Pertama untuk peranti keluaran honor, telefon ini menyediakan sistem keselamatan berteknologi terkini. Pengimbas cap jari yang digunakan bukan yang tradisional dengan butang terkeluar daripada permukaan tetapi sensor yang terbina di bawah gelas atau panel depan.

Walaupun ada seseorang yang cuba membuat pendua cap jari menggunakan gel silikon, teknologi ini masih mampu menghalang ia daripada ditembus.

 

Kelajuan-ultra Face Unlock

Pada skrin FullView 2.0 ini, ia memiliki paparan seluas 5.84” FHD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka setinggi 86%. Bezel nipis ini sekaligus memuatkan takuk yang menyokong pengecaman wajah atau lebih dikenali sebagai Face Unlock.

Kalau anda tidak menatap skrin sekalipun, telefon ini boleh mengecam muka anda dalam lingkungan 180 darjah daripada skrin.

 

Dwi Kamera AI

Bukan senang nak dapatkan gambar cantik kalau kamera pun tak sehebat mana. Jadi, dengan dwi kamera pada honor 10, kameranya dibantu teknologi AI versi 2.0 yang boleh mengenal pasti objek dan babak pemandangan lebih daripada 500 jenis.

Dengan semudah satu butang sahaja, anda boleh bertukar daripada jurufoto amatur kepada jurufoto profesional. Integrasi butang AI yang terletak di skrin apabila membuka kamera ialah jalan singkat kepada pengguna untuk mencantikkan gambar yang ingin dirakam.

Hasil gambar

Atas bantuan cip pemproses Kirin 970, kamera ini sangat pintar sehinggakan mampu melaraskan semua objek berbeza dalam satu gambar. Seterusnya memberikan hasil yang terbaik tanpa disangka-sangka! Kami percaya dengan adanya fungsi AI pada kamera, pengguna akan jarang menggunakan mod profesional. Ia mudah, pantas dan menarik.

 

Kamera Depan Ala Studio

Bukan setakat gambar bokeh, kamera depan 24 Megapiksel di sebelah depan honor 10 ini juga boleh dijadikan sebagai studio penggambaran. Ini kerana perisian kamera dipertingkatkan supaya anda boleh mengambil gambar potret dengan latar belakang hitam.

Selain itu, efek latar belakang Stage, Split, Sof, dan Butterfly Lighthing boleh digunakan mengikut citarasa.

Hasil gambar dengan efek Potrait Lighthing

Dalam masa sama, anda boleh melaras tahap Beauty untuk kelihatan lebih cantik tanpa jerawat di muka.

 

Bergambar Ramai Dengan Groufie

Kita sering kali mengambil gambar berulang-ulang jika menggunakan peranti sedia ada lebih-lebih lagi apabila bergambar secara berkumpulan. Di sini AI masih lagi memanfaatkan penggunanya. Melalui AI, mengambil gambar dengan rakan-rakan atau keluarga akan mengaburkan imej latar belakang. Ciri ini tidak banyak ditawarkan pada telefon pintar yang ada di pasaran.

Sensor pengecaman yang bertindak pantas mampu mengenal pasti wajah ahli kumpulan lantas ia membolehkan gambar dirakam tanpa muka kabur. Oleh itu, kamera depan honor 10 boleh dianggap antara kamera terbaik setakat ini.

 

Galeri Gambar Yang Pintar

Galeri gambar untuk antaramuka EMUI 8.1 terbaru memudahkan lagi pengguna kerana didatangkan dengan ciri pintar yang akan mengasingkan gambar mengikut kategori yang berbeza. Carian gambar lebih mudah ini menjadikan galeri pada honor 10 senang diuruskan.

Sementara, Highlight 2.0 pula menawarkan video yang akan memainkan gambar-gambar diambil pada tarikh tertentu bersama latar muzik untuk memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada anda.

 

CPU Dibina Khas Untuk AI

Cip pemproses HiSilicon Kirin 970 dibina oleh syarikat Huawei. Cip ini direka khusus dengan Neural Processing Unit (NPU) untuk penggambaran, arahan suara dan penggambaran pintar atau lebih ringkas lagi dipanggil AI.

Unit GPU pada unit pemproses ini juga mampu menghasilkan prestasi yang lebih baik daripada segi grafik sehingga 25 peratus serta 50 kali lebih efisyen berbanding cip generasi terdahulu.

 

SuperCharge Antara Unit Pengecasan Terbaik

Honor Super Charge telah diiktiraf oleh badan bertanggunjawab di Jerman tahun lalu. Melalui bateri 3,400mAh ini, peranti boleh dicas daripada 0% hingga 50% hanya dalam masa 25 minit sahaja.

Honor Super Charge menyokong kuasa output 5V/4.5A, sekali ganda daripada adapter pengecas pantas standard, 5V/2A.

 

Peranti Flagship Terlaris Di Shopee

Honor 10 menjadi peranti paling laris di Malaysia, bukan sahaja memecah rekod Shopee pada jualan peranti flagship yang paling laris, bahkan penghabisan stok juga berlaku di kebanyakan pengedar dan kedai jualan honor.

Yang lebih teruja lagi, ada pelanggan mengajak sahabat karib membeli honor 10 bersama-sama! Fenomena ini jelas nampak kejayaan daripada honor yang ingin memberikan pengalaman luar biasa kepada peminatnya.

 

Oleh itu, apa yang boleh kami rumuskan ialah Honor 10 Merupakan Sebuah Peranti ‘Flagship Killer’ Paling Mampu Milik Setakat Ini Di Malaysia.

Honor 10 mula dijual pada 24 Mei 2018 pada harga RM1,699, malahan tawaran rebat tunai RM100 menjadikan peranti kini berharga RM1,599. Pelanggan yang membuat pembayaran sehingga 31 Mei kelak akan membawa pulang hadiah berupa fon telinga Bluetooth dan sarung pelindung peranti berjenama honor.

 

Baca Juga:

 

Hands-on! honor 10 ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here