Google Duplex Membolehkan Tempahan Dibuat Menggunakan Suara Manusia Digital

210
**********

Google Duplex menerusi Google Assistant ialah sistem bantuan digital yang menggunakan bantuan AI (kecerdasan buatan) untuk membuat panggilan telefon menggunakan suara manusia sebenar. Ia telah diperkenalkan oleh Google di acara tahunan Google I/O yang diadakan baru-baru ini.

Google Duplex tidak memerlukan pengguna untuk berinteraksi, sebaliknya ia mampu membuat tempahan perniagaan sekiranya pengguna ingin mendapatkan perkhidmatan seperti ingin menggunting rambut, menempah meja di restoran, membuat janji temu di hospital atau sebagainya.

Apa yang menarik mengenai Google Duplex ialah ia boleh bercakap dan memperkenalkan dirinya terlebih dahulu kepada penerima panggilan bagi mengelakkan salah faham. Namun begitu, sistem ini tidak mempekenalkan dirinya sebagai bukan manusia dan ini mampu mengelirukan penerima panggilan tersebut.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here