Comrade_Rasydan Dinobatkan Sebagai Juara Rah Rah Russia FIFA 2018

691
**********

Pertandingan permainan FIFA 2018 yang dianjurkan oleh vivo menggunakan konsol permainan Playstation 4 melalui Rah Rah Russia 2018 akhirnya tamat tempoh hari. Perlawanan terakhir itu telah dijuarai oleh pasukan Comrade_Rasydan dari Melaka menumpaskan pasukan FF_Shinge dari Selangor.

 

Dua pasukan sedang berentap di gelanggang akhir Rah Rah Russia 2018

Pemenang tempat pertama itu telah memenangi tiket penerbangan ke Rusia untuk menyaksikan piala terunggul perlawanan bola sepak dunia, dalam masa sama membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000. Sementara itu, naib juara pula tidak pulang dengan tangan kosong dengan menerima wang tunai bernilai RM3,000.

Seperti sedia maklum, vivo merupakan penaja telefon pintar untuk temasya bola sepak FIFA 2018 yang akan berlangsung di Rusia tidak lama lagi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here