ASUS ZenFone Max Pro (M1) Akan Memasuki Pasaran Malaysia 31 Mei Ini

661
**********

ASUS sebuah jenama telefon pintar yang sudah lama bertapak di Malaysia hari ini memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah peranti dinamakan ASUS ZenFone Max Pro (M1) ke pasaran tempatan hujung bulan ini.

Apa yang menarik mengenai peranti ini ialah ia merupakan sebuah telefon pintar pencabar untuk Xiomi Redmi Note 5 yang dilancarkan bulan lalu. ASUS ZenFone Max Pro (M1) hadir dengan paparan 6-inci FHD+ dengan pilihan memori sehingga 6GB serta storan sehingga 64GB.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 636, peranti yang kedua menggunakannya selepas Xiaomi Redmi Note 5. Cip pertengahan yang berkuasa ini turut dijana bateri sebesar 5,000mAh berbanding 4,000mAh oleh lawannya. Bagi memastikan telefon sentiasa lancar dan stabil, sistem operasinya menggunakan Android 8.1 Oreo dengan antaramuka Android asli.

Bahagian kamera, ASUS meletakkan konfigurasi dwi kamera 13 Megapiksel + 5 Megapiksel di belakang dan 8 Megapiksel untuk kamera depan. Gambar dikatakan lebih jelas dengan bantuan LED flash Softlight untuk ketiga-tiga sensor. Pengalaman swafoto juga lebih cantik dengan adanya efek bokeh bersama integrasi Snapdragon Camera bertujuan untuk mengoptimumkan kualiti gambar.

Setakat ini, pihak ASUS tidak mengumumkan harga ASUS ZenFone Max Pro (M1) dan akan diumumkan pada 31 Mei ini. Pastinya tanda harga untuk telefon ini ialah lebih rendah berbanding Xiaomi Redmi Note 5.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here