ASUS ZenFone Max Pro Akan Dilancarkan Bulan Ini – 30 Unit Akan Diberikan Secara Percuma

594
**********

ASUS Malaysia dijangka akan melancarkan sebuah peranti terbaharu iaitu ASUS ZenFone Max Pro ke pasaran tempatan akhir bulan ini. Bagi mempromosikannya, satu program dijalankan menawarkan sejumlah peranti ZenFone Max Pro kepada peserta yang bertuah.

Bagi yang berminat untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah seperti dibawah:

Untuk Facebook Stories

  1. Ikuti Facebook ASUS Malaysia.
  2. Muat naik stories dengan memberitahu “Mengapa ZenFone Max Pro menjadi peranti idaman yang ingin ditukar dengan..”
  3. Jangan lupa tanda pagar #SwapMyPhone #GameKawKaw.
  4. Simpan dan muat naik stories berkenaan ke Pos Peraduan.

Untuk Instagram Stories

  1. Ikuti Instagram ASUS Malaysia.
  2. Muat naik stories dengan memberitahu “Mengapa ZenFone Max Pro menjadi peranti idaman yang ingin ditukar dengan..”
  3. Tag ASUS Malaysia dan letakkan tanda pagar #SwapMyPhone #GameKawKaw.
  4. Tinggalkan komen pada Pos Peraduan IG supaya tidak ketinggalan.

Peraduan bermula dari 14 Mei hingga 21 Mei 2018, sebanyak 30 unit ASUS ZenFone Max Pro akan diberikan secara percuma kepada pemenang bertuah. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook ASUS Malaysia pada 22 Mei 2018 (Selasa).

Untuk keterangan lanjut mengenai terma dan syarat, anda boleh singgah pada pautan Peraduan SWAP MY PHONE ini.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here