ASUS ROG Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Bulan Hadapan?

337
**********

Telefon pintar permainan atau gaming seperti Xiaomi Black Shark, dan Nubia Red Magic telah menjadi bualan oleh para gamer. Di Malaysia, Xiaomi Black Shark dan Razer Phone sudah mula ditawarkan pada harga dibawah RM3 ribu. Baru-baru ini cakap-cakap di internet mengatakan ASUS ROG bakal mengeluarkan telefon pintar mereka bulan hadapan bersempena acara Computex.

Peranti ini bakal hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845, RAM sehingga 8GB dengan skrin paparan yang menyokong kadar segar semula 120 Hz atau 144 Hz. Perkakasan sebegini sekaligus melancarkan lagi permainan popular seperti PUBG, Rules of Survival, Free Fire, dan sebagainya.

Acara Computex yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal mempamerkan produk-produk IT terbaharu oleh pengeluar-pengeluar terkemuka dunia. Oleh itu, kami akan membuat liputan apakah produk yang menarik perhatian di sana nanti.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here