vivo V9 Bakal Hadir Dengan Dua Warna Baharu – Sapphire Blue & Velvet Red

622

vivo V9 telah diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 26 Mac 2018 yang lepas dengan harga tawaran adalah RM1,399. Terbaru, menerusi laman Twitter, vivo Malaysia mengumumkan vivo V9 bakal hadir dengan dua pilihan warna baharu iaitu Sapphire Blue dan juga Velvet Red.

Dua warna baru ini pastinya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun begitu, buat masa sekarang masih belum ada sebarang berita rasmi bila dua warna baharu akan diperkenalkan secara rasmi di Malaysia.

vivo V9 adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna yang gemar berswafoto, yang mana kamera hadapan menyokong lensa 24 Megapiksel + AI Beauty. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 626, peranti ini telah dioperasikan dengan FunTouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo serta menawarkan storan 64GB dengan RAM 4GB.

Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here