[Video] Telefon Pintar Permainan Black Shark Tunjuk Rupa Sebenar

329
**********

Sebelum ini kami ada sertakan artikel mengenai telefon pintar permainan yang diberi nama Black Shark. Jenama ini merupakan syarikat di bawah payung Xiaomi, maka kita boleh menjangkakan peranti ini akan dilengkapi perkakasan berprestasi tinggi. Hari ini, tersebar di arena sesawang mengenai sebuah video seseorang yang dipercayai kakitangan dalaman memuat naik video sedang memegang peranti Black Shark.

Video ringkas berdurasi 3 saat ini memperlihatkan peranti Black Shark hadir dengan skrin 18:9 dengan bezel tebal khusus untuk permainan termasuk rekaan bahagian belakang yang unik. Peranti ini juga tebal dari segi ketebalan, oleh itu kemungkinan bateri yang dibekalkan berkapasiti besar. Selain itu, pemproses dalaman dikuasakan cip Snapdragon 845 dan RAM sebesar 8GB.

Peranti Black Shark dijadual dilancarkan dalam masa terdekat, jadi apa-apa pun kita tunggu sehingga ia rasmi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here