**********
Huawei P20 Pro dengan tri-kamera dan Huawei P20 dengan dwi-kamera

Jika anda antara pembaca eRing yang sudah memiliki Huawei P20 atau Huawei P20 Pro tetapi tidak tahu bagaimana nak memanfaatkan segala fungsi, eRing ada beberapa tips yang ingin dikongsi.

Terdapat beberapa ciri menarik yang dimuatkan ke dalam antaramuka siri Huawei P20 kali ini, antaranya ciri menyembunyikan takuk pada skrin, menukar saiz teks, mengubah sistem butang navigasi, menggelapkan tema dan sebagainya. Bagaimanapun, artikel ini bukannya ditujukan kepada pemilik siri Huawei sahaja, kepada yang berminat untuk membeli anda juga dialu-alukan untuk membaca.

Sebelum itu, baca dulu:
  1. Reviu ekslusif…
  2. Hasil gambar…

 

1) Sembunyikan Takuk Pada Skrin

Buat masa ini, skrin bertakuk masih berada di peringkat awal. Bukan setiap aplikasi pihak ketiga yang dikeluarkan menyokong skrin sebegini. Kepada ‘kaki’ media sosial yang menggunakan siri Huawei P20, jika anda menatal atau melihat ‘stories’ seseorang yang anda follow, kami pasti anda akan berasa jengkel dengan skrin bertakuk ini. Ia disebabkan ikon durasi ‘stories’ akan dilitupi oleh takuk pada skrin, lantas menjadikan pengalaman ‘melayan’ Instagram kurang menyeronokkan.

• Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu ke halaman tetapan dengan memilih
Settings Display → Notch → Hide Notch

Sebelum dan selepas Notch ditutup

Fungsi ini sekaligus dapat menyelaraskan takuk dengan menghitamkan ruangan atas skrin untuk menjadikan ia rata. Dengan cara ini, masalah paparan rongak dapat diselesaikan.

 

2) Ubah Saiz Teks

Skrin pada siri Huawei P20 didatangkan dengan paparan penuh, jadi kepada pengguna yang sering menaiki pengangkutan awam pasti akan berhimpit dengan penumpang yang lain. Bagi mengelakkan individu lain membaca kandungan teks pada peranti anda, langkah ini mungkin dapat membantu.

• Ubah saiz teks dengan mengubahnya di Settings → Display → Text Size

• Sementara untuk mod pandangan, boleh ke Settings → Display → View Mode

 

3) Gelapkan Tema

Melihat skrin dengan tema berwarna terang atau putih mampu memedihkan mata. Perkara ini tidak dapat dielakkan jika pengguna berinteraksi dengan peranti dalam persekitaran yang gelap, lebih-lebih lagi di dalam bilik tidur.

Cara mudah untuk mengurangkan kepenatan pada mata ialah dengan cara menukar tema latar kepada warna yang lebih gelap. Bukan semua peranti Android boleh melakukan cara ini, tetapi dengan siri Huawei P20 pengguna kini diberikan kebebasan untuk melakukanya.

• Pengguna boleh pergi ke halaman Settings → Battery → Darken Interface Color

Tema warna gelap ini hanya boleh digunakan di halaman tetapan sahaja memandangkan halaman utama boleh menggunakan tema yang lain.

 

4) Ubah Paparan Skrin Kepada Penuh

Menggunakan paparan dengan nisbah 18:9 yang memanjang ke bawah sudah menjadi trend semenjak tahun lalu. Kini kebanyakan peranti dihasilkan dengan rekaan skrin penuh bagi mengoptimumkan keseluruhan paparan.

• Pengguna siri Huawei P20 boleh mengubahnya pada bahagian Settings → Display →Full Screen Display

Sebelum dan selepas paparan skrin penuh

Langkah ini membolehkan skrin paparan pada aplikasi digunakan sepenuhnya tanpa meninggalkan ruang hitam di bahagian bawah.

 

5) Always On Display (Paparan Jam Bernyala)

Jam sentiasa hidup ini merupakan ciri baharu yang diterapkan ke dalam perisian EMUI 8.1 pada siri Huawei P20. Ia memudahkan pengguna melihat waktu pada bila-bila masa tanpa perlu membuka atau menyalakan paparan skrin. Di samping memaparkan masa, pengguna juga boleh melihat tarikh serta peratus bateri yang tinggal.

• Ciri ini boleh digunakan dengan membuat tetapan pada Settings → Security & privacy → Screen lock & password → Always display information

Always On Display

 

6) Sistem Butang Navigasi

Peranti ini tidak didatangkan dengan butang fizikal sebaliknya hadir dengan butang kapasitif. Huawei kini telah menambah beberapa pilihan butang navigasi yang boleh digunakan mengikut keselesaan pengguna, salah satunya menggunakan butang Home sebagai butang untuk kembali ke halaman sebelum.

• Pilihan boleh dibuat menerusi Settings → System → System navigation

 

7) Mengoptimumkan Bateri

Mengoptimumkan penggunaan bateri sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kuasa pada peranti. Sistem ini secara automatiknya akan memadamkan fungsi latar yang memakan bateri, namun begitu ada beberapa fungsi yang harus dipadamkan secara manual, misalnya GPS, Auto-sync, Auto-rotate dan Screen timeout.

• Pergi ke Settings → Battery → Optimise battery usage → optimise/FINISH

 

8) Resolusi Skrin

Siri Huawei P20 diperkenalkan dengan skrin beresolusi FHD+. Bagi pengguna yang tidak hairan mengenai resolusi paparan dan mahukan penjimatan bateri yang banyak, pengguna boleh menukar resolusi paparan kepada yang lebih rendah iaitu sekitar HD 720p. Ataupun pengguna boleh mengaktifkan Smart Resolution di mana ciri ini akan menukar resolusi paparan secara automatik sekiranya bateri berada di paras minimum.

Settings → Screen resolution → Custom/Smart resolution

 

9) Tetapan Kamera 40MP (P20 Pro)

Konfigurasi kamera utama pada siri Huawei P20 telah ditetapkan kepada 10M (3648 x 2736) [4:3]. Jika pengguna ingin menangkap gambar dengan lebih jelas dan teliti, ia perlu diaktifkan secara manual di bahagian tetapan kamera.

Camera → Settings (ikon sebelah atas kanan) → Resolution

P/S: Kamera 40MP sangat baik jika digunakan pada persekitaran yang terang dan mempunyai cahaya organik yang cukup. Namun begitu, sensor ini tidak menyokong fungsi Zoom dan sekiranya mahu mengambil gambar zoom, pengguna perlu menukar tetapan kepada 10M semula. (Anda boleh baca artikel sebelum Hasil gambar…)

 

10) Ultra Snapshot

Kamera yang sarat dengan sensor serba canggih tidak lengkap dengan fungsi yang dipanggil Ultra snapshot. Fungsi ini membolehkan pengguna mengambil gambar dengan cara ekspress tapi menyahperanti. Pengguna perlu menghalakan kamera pada subjek sambil menekan butang suara bawah sebanyak dua kali berturut-turut.

• Ia perlu dilakukan di halaman Settings → Ultra snapshot → Take a quick snapshot

 

Kesemua ciri-ciri ini diharapkan dapat membantu para pengguna yang sudah memiliki peranti siri Huawei P20. Malahan, pengguna yang masih belum memilikinya, boleh melihat dahulu untuk dijadikan sebagai rujukan selepas pembelian dibuat nanti.

 

Beli Huawei P20 Pro
Beli Huawei P20

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here