TIP!! Cara Membuat Tempahan Menggunakan MyCar

659
**********

Memandangkan aplikasi MyCar ini masih baru, mungkin ramai di antara kita yang tidak familiar dengan aplikasi ini bukan? Di sini kami ingin menunjukkan anda bagaimana cara-cara menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan kereta. Buat pengetahuan pengguna, hanya bayaran tunai sahaja diterima buat masa sekarang. Selain itu, anda juga boleh mendaftar sebagai pemandu jika berminat.

LANGKAH 01

Muat turun aplikasi MyCar di Google Play atau App Store

LANGKAH 02

Selesai muat turun, anda perlu melengkapkan butiran peribadi. Disini juga ia memerlukan anda memasukan nombor telefon untuk tujuan pengesahan.

LANGKAH 03

Setelah selesai, anda boleh melihat aplikasi ini menawarkan paparan antaramuka yang ringkas sahaja.

LANGKAH 04

Untuk membuat tempahan, anda perlu ON lokasi dan ia secara automatik akan mengesan lokasi semasa anda. 

LANGKAH 05

Tekan ‘Book Now’, kemudian masukkan lokasi yang ingin dituju. 

LANGKAH 06

Tambang akan dipaparkan di bahagian bawah. Anda juga boleh memasukkan promo jika ada dan tekan ‘Request Car Economy’.

P/S : Terdapat sebanyak 6 kategori kenderaan yang boleh dipilih, dan harga tambangnya juga berbeza.

LANGKAH 07

Pengguna boleh semak promo dalam ruangan inbox pada aplikasi MyCar bagi penumpang baru. 

LANGKAH 08

Memandangkan aplikasi ini masih baru, tidak ramai pemandu dan anda perlu membuat banyak kali untuk mendapat pemandu.

INFO : eRing juga telah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan pemandu.

LANGKAH 09

Jika berjaya mendapatkan pemandu, aplikasi ini akan memaparkan nama pemandu, kereta dan juga nombor plat.

LANGKAH 10

Setelah selamat sampai ke destinasi, resit akan dihantarkan kepada pengguna melalui aplikasi ini dan juga emel. Anda juga boleh memberi rating kepada pemandu sebagai tanda terima kasih. 

Pengalaman eRing Menggunakan MyCar!

Jika ditanya pengalaman pertama eRing menggunakan perkhidmatan pengangkutan MyCar, ianya sama sepertimana menggunakan aplikasi Uber mahupun GrabCar. Namun begitu, paparan antaramuka yang agak mengelirukan membuatkan kami pening untuk membuat tempahan pada kali pertama. Memandangkan aplikasi ini masih baru, mungkin tidak ramai pemandu lagi dan kami perlu membuat tempahan banyak kali untuk mendapatkan kereta.

Dari segi harga pula, ia masih dianggap murah berbanding pesaing yang ada sekarang. Selain menawarkan harga tetap, tidak perlu risau jika berlaku kesesakan jalan raya. Menurut sumber, selepas berakhirnya perkhidmatan Uber di Malaysia beberapa hari lagi, ramai pemandu Uber yang telah berpindah ke MyCar. Mungkin lepas ini makin banyak pemandu dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan kereta.

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here