Tarikh Pelancaran OnePlus 6 Didedahkan

309
**********

OnePlus bakal mengadakan majlis pelancaran di London tidak lama lagi. Tarikh yang ditetapkan pula telah dipilih pada 16 Mei 2018 dan apa yang ingin diperkenalkan ialah peranti induk terbaharu iaitu OnePlus 6.

Akhir-akhir ini kota Eropah dipilih sebagai tempat untuk pengeluar-pengeluar dari China mengemukakan hasil kerja mereka. OnePlus mengambil keputusan untuk melakukannya di London terlebih dahulu sebelum membuat penampilan di India dan di negara sendiri sehari selepas itu.

Seperti yang dikhabarkan, OnePlus 6 akan hadir dengan skrin bertakuk bersaiz 6.28-inci AMOLED 1080 x 2280 piksel, ia turut dilengkapi dwi kamera 16MP + 20MP, serta sistem janaan daripada cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 bersama RAM sebesar 8GB. Selain itu, rekaan luaran pada kali ini akan menggunakan bahan yang lebih kukuh tidak seperti sebelum ini.

Bagi memeriahkan majlis pelancaran kelak, OnePlus dijangka akan menjemput lebih kurang 1000 peminat untuk menjadi saksi pada hari berkenaan, malah sejumlah pas masuk dijual pada harga kurang daripada £30 (kira-kira RM164) sekeping.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here