**********

vivo V9 sudah dilancarkan pada 26hb Mac yang lalu, masih ada yang ragu-ragu patut tak beli peranti ini? Okay, baca reviu seterusnya, maka anda mesti tahu pilihan seterusnya.

Tidak mahu ketinggalan dalam fenomena dwi-kamera, vivo kali ini tampil dengan vivo V9, peranti terbaru yang mana hadir dengan sensor 16MP + 5MP bersama fungsi PDAF (Phase Detection Auto Focus) dan menyokong foto efek bokeh.

Lebih istimewa, vivo V9 menawarkan lensa hadapan beresolusi 24 Megapiksel dengan teknologi terkini, AI Face Beauty serta mod AR Sticker. Dengan teknologi baru ini, V9 mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.

Baca Juga:

 

↓↓↓ Hands-on Eksklusif! vivo V9

 

 

:: SPESIFIKASI ::

 

:: CIRI-CIRI MENARIK ::

AI Face Access

Sepertimana model vivo V7+, telefon pintar ini juga menawarkan sistem imbasan muka untuk membuka peranti yang dinamakan AI Face Access yang mampu membuka peranti lebih pantas berbanding pengimbas cap jari.

Lebih menarik, anda juga boleh mengunci aplikasi menggunakan teknologi pengecaman wajah ini.

Selain itu, teknologi pengimbas cap jari juga disokong oleh V9 boleh digunakan dalam posisi 360 darjah sehingga 5 jari berlainan dalam satu-satu masa.

 

AI Game Mod

Bagi mengelakkan pelbagai gangguan semasa bermain permainan mudah alih, vivo V9 dilengkapi dengan ciri yang dipanggil AI Game Mode. Mod ini akan diaktifkan sebaik pengguna membuka permainan, dalam masa sama akan menyekat sebarang mesej dan panggilan yang masuk. Ia bermakna pengguna masih boleh menerima panggilan dan mesej, tetapi diletakkan sebagai notifikasi latar belakang.

Bagaimanapun, jika pengguna ingin kekal berhubung semasa bermain permainan mudah alih, pengguna boleh menggunakan ciri gerakan-tangan untuk membuka aplikasi permesejan misalnya WhatsApp sebagai tetingkap terapung.

Untuk mengaktifkan tetingkap terapung, pengguna perlu leretkan tiga jari dan pilih aplikasi yang ingin dibuka selagi aplikasi tersebut menyokong ciri Picture-In-Picture.

 

Penggambaran Swafoto AI Face Beauty

Sebagai perintis swafoto yang sempurna, vivo V9 kini melangkah ke depan lagi dengan memperkenalkan teknologi AI Face Beauty kepada peminatnya.

(Dari kiri) Mod AI Beauty, Potret, HDR, Face Beauty

AI Face Beauty ini mampu mengesan jantina, umur, tekstur serta persekitaran pencahayaan yang mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.

Contoh Hasil Gambar HDR
HDR

 

AR Sticker

Lebih istimewa, untuk memberi lebih keseronokan semasa mengambil gambar swafoto, telefon pintar ini telah hadir dengan pelekat AR yang comel dan kelakar untuk kamera hadapan vivo V9.

Dengan Pelekat AR ini, pengguna boleh memilih pelekat yang disukai sebelum mengambil gambar swafoto ataupun membuat rakaman video. Kini anda boleh berkongsi gambar swafoto dengan pelbagai pelekat AR menarik bersama rakan-rakan di laman sosial.

Contoh Hasil Gambar AR Stiker
AR Stiker

 

AI Selfie Lighting

Setiap gambar yang ambil, algoritma V9 akan mengubah gambar asal 2D menjadi 3D dengan efek cahaya asli dan artistik.

(Dari kiri) Normal, Studio Light, Stereo Light, Monochrome Background

Ia membolehkan anda memilih pelbagai efek cahaya yang terdiri daripada Natural Light, Studio Light, Stereo Light serta Monochrome Background untuk menghasilkan gambar studio sendiri.

Contoh Hasil Gambar AI Selfie Lighting
(Dari Kiri) Studio Light, Stereo Light, Monochrome Background

 

GROUP SELFIE

 

 

:: HASIL GAMBAR::

SENJA

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 100 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/1850 Saiz: 2.93 MB

 

OUTDOOR

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 119 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/314 Saiz: 4.40 MB

 

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 130 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/334 Saiz: 4.92 MB

 

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 • ISO: 100 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/620 Saiz: 3.56 MB

 

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 100 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/552 Saiz: 3.89 MB

 

MALAM

• Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 100 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/14 Saiz: 3.42 MB

 

MAKRO

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 100 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/119 Saiz: 8.38 MB

 

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 107 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Orientation: 90 Exposure time: 1/60 Saiz: 8.07 MB

 

MAKANAN

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 623 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/33 Saiz: 3.89 MB

 

Flash mode: No flash Piksel: 4608 x 3456 ISO: 296 Focal Length: 29 mm
Aperture: f/2.0 Exposure time: 1/50 Saiz: 3.20 MB

 

 

:: KOMEN ::

PRO
  • Menampilkan paparan skrin sebesar 6.3 inci dengan nisbah skrin-ke-skrin 90%, tetapi masih selesa dipegang walaupun dengan menggunakan sebelah tangan.
  • Kamera depan 24 Megapiksel ditawarkan dengan beberapa ciri-ciri mod baru seperti AI Face Beauty dan AR Sticker.
  • Dwi-kamera mampu menghasilkan gambar bokeh yang cantik, ditambah dengan kehadiran mod AI Bokeh.
  • Sokong pemproses berkuasa dengan RAM dan ROM berkapasiti besar, sesuai untuk mereka yang pentingkan prestasi sesebuah peranti.
  • Walaupun hanya dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3260mAh, ia mampu bertahan sehingga seharian dengan penggunaan tegar.
KONTRA
  • Masih menggunakan kabel microUSB 2.0 dan bukannya USB Type-C yang kebanyakan digunakan oleh pengeluar sekarang.
  • Terdapat beberapa aplikasi yang tidak menyokong paparan skrin penuh seperti permainan Mobile Legand, YouTube dan beberapa lagi.
  • Ketiadaan sokongan pengecasan pantas pada vivo V9 ini agak mengecewakan kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 3260mAh ini.

 

Unboxing! vivo V9! ↓↓↓

Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here