**********

HARGA: RM999

Sony kembali dengan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang merupakan model peningkatan bagi model Xperia L1 iaitu Sony Xperia L2. Ia sebuah telefon pintar yang hadir dengan paparan 5.5-inci HD 720p.

Walaupun masih mengekalkan pemproses seperti model sebelumnya, kelebihan Xperia L2 adalah memori RAM dan storan yang dipertingkatkan lebih tinggi berbanding Xperia L1. Ingin mengetahui apakah peningkatan pada model terbaru ini, teruskan membaca reviu eksklusif dari kami…

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

 

FIZIKAL

Rekaan Premium

Menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci sama sepertimana model sebelum ini, Sony masih memiliki rekaan sisi skrin dengan saiz bezel atas dan bawah yang agak besar.

Walaupun hanya menawarkan paparan 720p pada Xperia L2, menariknya ia masih dilengkapi dengan paparan Mobile BRAVIA Engine 2 bagi memastikan paparan yang berkualiti.

 

Kamera Swafoto

Walaupun tidak menyokong dwi kamera sepertimana model Xperia XA2 Ultra, telefon pintar ini masih dilengkapi dengan kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel dengan sokongan mod 120 darjah Wide Angle untuk memudahkan anda mengambil gambar secara berkumpulan.

Selain itu, bahagian ini juga menempatkan logo ‘SONY’, sensor, lubang earpiece dan juga LED notifikasi.

 

Port USB Type-C

Kelebihan Sony Xperia L2 adalah memperlihatkan penambahbaikan kerana ia menawarkan port USB Type-C dengan sokongan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Bahagian bawah kerangka yang diperbuat daripada logam ini juga turut dilengkapi dengan satu speaker berkualiti mono dan juga satu lubang mikrofon.

 

Tiga slot kad

Cara untuk mengakses slot kad pada Xperia L2 sememangnya sangat mudah kerana ia boleh ditarik keluar tanpa perlu menggunakan pin slot sebagaimana peranti lain.

Lebih menariknya, ia disediakan dengan tiga slot kad berasingan iaitu dua slot kad nanoSIM dan satu slot kad untuk microSD.

 

Panel belakang

Panel belakang telefon pintar yang diperbuat daripada polikarbonat ini pula disediakan dengan kamera utama beresolusi 13 Megapiksel, satu LED Flash dan juga sensor pengimbas cap jari.

Antara lensa kamera dengan sensor turut menempatkan penerima isyarat NFC. Sedikit mengecewakan kerana kamera utamanya tidak menyokong teknologi penstabilan OIS.

 

Port 3.5mm audio jack

Sama seperti bahagian bawah kerangkanya, bahagian atas juga diperbuat daripada logam. Ia kelihatan agak ringkas di mana hanya menempatkan satu port sahaja iaitu port 3.5mm audio jack dan juga satu lagi lubang mikrofon.

Butang kawalan fizikal

Tidak seperti model sebelum ini yang menawarkan rekaan butang kawalan fizikal yang boleh dibezakan antara butang melaras suara dan butang kuasa, kali ini ia menggunakan butang yang sama seperti telefon pintar yang lain.

 

:: CIRI-CIRI PINTAR TELEFON PINTAR INI ::

Mod Penjimatan & Penjagaan Bateri

Apabila anda berada di luar dan tidak membawa pengecas ataupun powerbank, Xperia L2 menjanjikan ketahanan bateri yang jauh lebih lama dengan adanya sokongan ciri STAMINA Mode dan juga Ultra STAMINA Mode.

Pemilihan mod STAMINA akan mengehadkan penggunaan data, manakala mod Ultra STAMINA pula hanya membenarkan anda untuk menggunakan aplikasi asas sahaja.

 

Mengakses Peranti Melalui Pengecaman Wajah

Sony Xperia L2 telah menyediakan sensor pengimbas cap jari pada panel belakang dan ini adakalanya menyukarkan proses untuk mengakses sekiranya peranti diletakkan di atas meja.

Jadi sokongan Smart Lock dengan keupayaan pengecaman wajah ternyata sangat membantu kerana dengan bantuan kamera depan, anda boleh mengakses peranti tanpa perlu mengangkatnya.

 

Tetapan Audio Berkualiti

Mendengar muzik pada Sony Xperia L2 menjanjikan pengalaman berhibur yang terbaik kerana anda memiliki pilihan untuk mengaktifkan pelbagai tetapan audio seperti ClearAudio+ yang akan mengoptimumkan tetapan bunyi, pilihan equalizer dan juga efek bunyi keliling.

Malah, sokongan teknologi LDAC dan juga aptX turut menjanjikan kualiti muzik tanpa wayar yang terbaik dan berkualiti.

 

:: ZON UJIAN ::

UJIAN 1: BENCHMARK

Bagi melihat sendiri keupayaan prestasi yang disokong oleh Sony Xperia L2 ini, beberapa model yang dijual pada harga antara RM999 hingga RM1,099 telah dipilih untuk menjalani ujian ini. Jom kita lihat keputusannya…

UJIAN 2 : KEPANTASAN MENGECAS

Sebagaimana model kelas pertengahan keluaran Sony sebelum ini, Sony Xperia L2 turut didatangkan dengan adapter pengecas yang menyokong output 5V2A. Sungguhpun begitu, anda sebenarnya boleh mendapatkan pengecasan yang lebih pantas dengan menggunakan adapter pengecas yang menyokong teknologi Quick Charge 3.0.

Jadi bagi membantu anda untuk melihat sendiri perbezaan masa mengecas yang diambil,  proses mengecas penuh menggunakan dua adapter pengecas dengan sokongan output berbeza telah disediakan.

Masa mengecas penuh bateri dari 0% hingga 100%
5V2A: 4 jam atau 240 minit
12V1.5A : 3 jam 15 minit atau 195 minit

 

ULASAN…

Setelah melihat sokongan spesifikasi dan juga penampilan fizikal Sony Xperia L2, kami merasakan model ini bukan disasarkan kepada pengguna yang mementingkan trend terkini terutamanya dari segi rekaan. Ini kerana penggunaan saiz bezel yang sangat besar pada bahagian atas dan bawah skrin sedikit sebanyak menjadikan saiz kerangkanya agak besar secara keseluruhannya, malah Xperia L2 juga tidak menawarkan format paparan 18:9 walaupun dilancarkan pada tahun 2018.

Namun sokongan teknologi seperti sensor pengimbas cap jari yang sebelum ini tidak disediakan pada model Xperia L1 kini tersedia pada L2, dan paling penting ia telah meningkatkan memori RAM dan ROM sebesar 32GB dengan 3GB untuk kelas pertengahan. Malah tidak dinafikan lagi bahawa ia menampilkan sokongan spesifikasi serta fungsi yang lengkap untuk pelbagai aktiviti dan sangat berbaloi untuk dimiliki, terutamanya untuk peminat tegar Sony Xperia.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here