**********
Reviu Sebelumnya…

Reviu Eksklusif: Siri Huawei P20, Tingkat Taraf Paling Berjaya Dilakukan Huawei

KAMERA…

Kali pertama memegang peranti ini, kami sangat teruja akan konfigurasi tri-kamera yang ada pada Huawei P20 Pro. Mana tidaknya, ia merupakan telefon pintar pertama di dunia dengan kebolehan tiga lensa sekaligus.

Huawei P20 Pro dengan tri-kamera dan Huawei P20 dengan dwi-kamera

Tambahan lagi, keseluruhan kamera yang digunakan mencecah 92 Megapiksel, malah semua sensor ditala dan dibangunkan dengan kerjasama Leica – sebuah jenama kamera profesional berpengkalan di Jerman. Selain itu, melalui teknologi generasi ke-3 Leica, kamera ini mampu melakukan penggambaran jauh lebih baik berbanding telefon pintar yang ada di pasaran.

Penghasilan telefon pintar ini sememangnya menfokuskan pada jabatan kamera. Walaupun Huawei P20 hanya dibekalkan dwi-kamera sahaja, jangan cuba memandang rendah terhadap prestasinya kerana Huawei telah mengemas kini pemprosesan gambar dan sensor untuk menjadikan peranti ini lebih baik daripada model sebelumnya.

 

Night Shot

Fungsi ini adalah fungsi yang menjadi imej tumpu pada kamera Huawei P20 Series. Jika dahulu, pengguna sukar mengambil gambar di dalam gelap, kini dengan fungsi Night Shot tidak menjadi masalah.

Gambar sebelum menggunakan ciri Night Shot

Menariknya, mod ini tidak menggunakan bantuan LED flash, sebaliknya menggunakan bahagian dalaman (pemproses dan AI) untuk menerangkan gambar. Mungkin fungsi ini sudah banyak diperkenalkan pada peranti di luar sana, tetapi perlu diingatkan jika tangan tidak stabil gambar akan menjadi kabur.

Gambar selepas menggunakan ciri Night Shot

Kebanyakan fungsi ini digunakan jika ada bantuan tripod. Namun begitu, untuk Huawei P20 Series pengguna tidak perlu lagi menggunakan aksesori pihak ketiga, tetapi dengan menggunakan sebelah tangan ia sudah memadai.

 

Bantuan AI (kecerdasan-buatan)

Apa tugas AI dalam sistem kamera? Biar kami jelaskan. Huawei adalah pengeluar yang pertama menghasilkan cip pemproses dengan bantuan kecerdasan-buatan (robot) melalui Kirin 970.

AI dapat mengenal pasti situasi yang dirakam

Cip ini pernah digunakan pada Huawei Mate 10 dan Mate Pro. Jadi pada kali ini, Huawei P20 Series diberikan cip yang sama, tetapi telah ditambah baik daripada segi bantuan robot. Sebaik kamera dibuka dan dihalakan, sistem ini akan memproses imej dengan sebaiknya untuk mendapatkan gambar yang lebih kemas.

Ikon tumbuhan dan objek yang dicadangkan

Selain itu, skrin akan memaparkan ikon sama seperti imej yang dihalakan. Misalnya, kami mencuba mengambil gambar bunga dan skrin akan menunjukkan mod ‘Flowers’ untuk digunakan. Sama seperti mengambil gambar dengan rumput hijau iaitu ‘Greenery’, gambar matahari terbenam dengan ikon ‘Sunset/Sunrise’ serta banyak lagi. Pemprosesan mengambil masa kurang dari 2 saat sahaja, jadi ia memang mudah digunakan tanpa perlu pergi kepada mod prefesional.

 

Profesional

Kami percaya ada di kalangan pembaca di luar sana gemar menggunakan mod ini. Dalam mod ini, beberapa butang boleh ditekan untuk menukar konfigurasi kamera seperti ISO, autofokus, kelajuan shutter, keterangan dan hitam-putih. Jika mod ini digunakan dengan cara yang betul dan tepat, kami yakin gambar yang terhasil juga lebih baik berbanding menggunakan kamera DSLR tahap permulaan.

Antaramuka mod profesional yang minimalis

Ingin dikongsi bersama, kami pernah melihat koleksi gambar jurufoto jalanan profesional. Sangat terkejut dan tergamam apabila melihatnya kerana setiap gambar yang diambil itu boleh dijadikan sebagai gambar wallpaper dan tidak menyangka peranti Huawei seperti mampu melakukannya.

 

Panorama

Mod panorama adalah mod yang jarang digunakan oleh setiap pengguna telefon pintar, tetapi kadang kala ia perlu digunakan untuk mengambil gambar dengan landskap yang luas.

Mod biasa

Mod ini selalunya tidak ditekankan oleh para pengeluar, jadi tiada yang menarik perhatian sewaktu menggunakannya.

Mod ini boleh merakam lebih luas lagi selain panorama secara menegak

Mungkin ada satu yang menarik dalam mod ini ialah gambar dihasilkan masih jelas walaupun keadaan tangan yang kurang stabil.

 

Filter

Semasa membelek ruang kamera pada peranti Huawei P20 Series, kami juga menjumpai fungsi tapisan (filter) bersebelahan mod-mod yang lain.

Gambar kini tidak bosan dengan adanya efek tapisan

Mod ini sebenarnya membantu gambar untuk tampak lebih artistik dalam masa sama pelbagai pilihan turut disediakan.

 

Zoom Hibrid

Aspek yang paling mengagumkan dalam sistem kamera Huawei P20 Pro. Ya, kami merasakan zoom hibrid ini seperti zoom optikal.

Sebelum zoom
Selepas zoom: Zoom Hibrid tidak menjejaskan kualiti gambar

Biarpun subjek berada jauh daripada lensa, kamera ini mampu menangkap gambar dengan lebih dekat tanpa menjejaskan imej. Dengan bantuan sistem OIS, imej yang telah di-zoom tidak akan bergegar dan kabur.

Sebelum zoom
3-kali zoom
Menyokong sehingga 5-kali zoom dan tulisan pada bot tersebut masih jelas

Untuk pengetahuan anda, telefon berkamera yang ada di pasaran hanya terhad kepada 2-kali sahaja, selebihnya jika pengguna zoom lebih dalam, gambar akan pecah dan menyakitkan mata.

 

Pencahayaan 3D

Pencahayaan 3D kini diperkenalkan pada peranti Huawei P20 Series. Ia membolehkan pengguna mendapatkan imej potret dengan ciri suntingan pencahayaan. Antaran efek yang disediakan ialah Soft, Butterfly, Split, Stage dan Classic Lighting.

Ciri 3D Lighting boleh dilakukan semasa atau selepas gambar diambil

Kelebihan yang ada pada mod ini daripada peranti iPhone X ialah pengguna boleh melaraskan cahaya pada setiap sudut wajah sama ada untuk diterangkan atau digelapkan.

 

Video Gerak-perlahan

Salah satu aspek yang diketengahkan untuk peranti siri Huawei P20 ialah sokongan video gerak-perlahan. Kini, video boleh dirakam sehingga 960 fps (bingkai sesaat), di mana video berdurasi 0.2 saat dipanjangkan kepada 6 saat.

Video Slo-Mo yang diambil dalam format 960 fps ↓↓↓

Fungsi ini juga mudah digunakan, hanya menekan butang rakam video akan dimulakan secara normal selama satu saat, selepas itu akan memasuki video gerak-perlahan sehingga butang rakam ditekan semula, tidak seperti peranti Galaxy Note8 yang agak sukar untuk dikendalikan.

Video Slo-Mo yang diambil dalam format 960 fps ↓↓↓

Selain itu, terdapat dua pilihan lain yang boleh dipilih iaitu 120 fps dan 240 fps. Semakin tinggi jumlah fps, semakin kecil skop lensa kamera. Jadi untuk mengambil video 960 fps, pengguna perlu berada dekat dengan subjek yang ingin dirakam. Bagaimanapun, kami berpuas hati dengan kualiti video gerak-perlahan ini.

 

Swafoto 24 Megapiksel

Tidak dilupakan juga kamera depan sebesar 24 Megapiksel, sekaligus meletakkan siri Huawei P20 antara peranti yang memiliki sensor paling besar di pasaran.

Hasil swafoto daripada sensor berteknologi Leica

Hasil gambar yang diperolehi memang tidak perlu dirungutkan kerana imej terang dan jelas. Bagi kami yang tidak gemarkan ciri Face Beauty, ia perlu dipadamkan terlebih dahulu. Ciri ini secara automatik akan terpasang sebaik kamera depan dibuka.

Hasil swafoto daripada sensor berteknologi Leica

Swafoto juga lebih hebat dengan efek bokeh dan pencahayaan 3D. Bagaimanapun, sudut lensa tidak lebar dan agak sukar untuk berswafoto bersama rakan-rakan.

 

Penggambaran Malam

Huawei P20 Pro dilengkapi konfigurasi kamera yang kompleks. Kejuruteraan Huawei berjaya menghasilkan kamera ini setara dengan kamera DSLR dalam penggambaran malam. Keterangan kamera ini beraksi pada waktu malam sangat mengagumkan, oleh kerana fungsi ISO kini dipertingkatkan daripada model terdahulu.

Penggambaran malam boleh setara dengan kamera DSLR

Jumlah ISO kini mencapai 51,200 iaitu angka yang jauh sekali jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy S9 dan iPhone X dengan jumlah ISO hanya sekitar 6,400 sahaja.

Penggambaran malam boleh setara dengan kamera DSLR, imej lebih jelas.

Penggambaran di waktu malam juga mendorong AI untuk memproses imej dengan lebih bijak, tidak perlu mengalihkan mod kepada potret untuk mengambil gambar seseorang. Apa yang perlu dibuat ialah dengan semudah menghalakannya.

Efek bokeh pada waktu malam

Kamera akan menukar mod dengan sendiri tanpa perlu mencari mod yang sesuai, mudahkan cerita kami hanya bersedia untuk menekan butang shutter sahaja.

 

Antara Huawei P20 Pro Dan Huawei P20…

Mod Auto
Huawei P20 Pro
Huawei P20

 

Gambar pada P20 Pro lebih ‘cool’ berbanding P20 yang ‘warm’
Huawei P20 Pro
Huawei P20

 

Gambar pada P20 Pro menghasilkan ‘shadow’ lebih banyak berbanding P20
Huawei P20 Pro
Huawei P20

 

Gambar Selebihnya (Huawei P20 Pro)…

 

RUMUSAN

Sepanjang melakukan ujian dan ulasan mengenai siri Huawei P20, perkara pertama yang menarik minat kami ialah harga yang ditawarkan. Untuk sebuah telefon dengan ‘kamera terbaik’ ia agak munasabah dan tidak keterlaluan. Rekaan juga mengikut trend semasa dan tidak ketinggalan. Selain itu, ia sarat dengan perkakasan berteknologi terkini termasuk sistem pengecasan yang pantas dan bateri tahan lama.

Bagi kami skrin bertakuk tidaklah menjadi faktor untuk membeli peranti ini, sekurang-kurangnya ia merupakan takuk paling kecil yang ada di pasaran. Oleh kerana banyak lagi aplikasi yang tidak menyokong skrin takuk pada peranti Android. Mungkin ini permulaan untuk telefon-telefon lain mengikut trend.

Daripada segi antaramuka, yang paling diminati ialah wallpaper yang bertukar-tukar setiap kali butang kunci ditekan. Setidak-tidaknya menghilangkan bosan semasa telefon tidak menerima mesej daripada ‘buah hati’. Sistem keselamatan seperti pengecaman wajah memang memudahkan peranti untuk dinyahkunci selain pengimbas cap jari bertindak dengan pantas.

Akhir sekali, warna pada peranti ini sangat mengiurkan. Kami mengharapkan peranti unit reviu ini dalam pilihan warna Twilight, tetapi untuk pasaran Malaysia hanya ditawarkan warna Midnight Blue dan Black. Kami yakin di masa akan datang, pihak Huawei pasti membawanya masuk. Tunggu dan lihat sahaja!

Beli Huawei P20 Pro
Beli Huawei P20

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here