**********

HARGA JUALAN : (4GB) RM1,399 /
(6GB) RM1,699

Tidak seperti pengeluar hari ini yang berlumba-lumba memperkenalkan peranti dwi-kamera, nampaknya OPPO masih selesa dengan penggambaran satu kamera. Mempertaruhkan tagline ‘Pakar Selfie Anda’, OPPO telah melancarkan model terbarunya F7 beberapa hari yang lepas.

Baca Juga:

Istimewanya model ini, ia bukan sahaja mempertaruhkan penggambaran swafoto yang dipertingkatkan, malah tampil dengan beberapa ciri-ciri baru yang sesuai sebagai sebuah telefon pintar untuk penggemar swafoto. Ingin mengetahui apakah ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar ini, ikuti reviu eksklusif dari kami.

 

:: CIRI-CIRI MENARIK ::

Android Oreo + ColorOS 5.0

Walaupun hadir dalam kelas pertengahan, apa yang menariknya OPPO F7 ialah penggunaan sistem operasi Android terkini, 8.1 Oreo.

(Dari kiri) Notification Area, Recent Apps, Tetapan
Android 8.1 Oreo & ColorOS 5.0

Peranti ini juga menggunakan paparan antaramuka terkini OPPO iaitu ColorOS 5.0. Berikut adalah beberapa ciri-ciri baru yang terdapat pada paparan antaramuka ColorOS 5.0.

 

Pengecaman Wajah (Facial Unlock)

Sepertimana OPPO F5, telefon pintar ini juga hadir dengan pengecaman wajah yang dikenali sebagai Facial Unlock yang dapat membuka kunci lebih pantas.

Pengecaman wajah

Lebih menarik, fungsi pengecaman wajah ini dikatakan mampu membaca tekstur wajah pengguna walaupun ketika sedang basah.

Pengimbas cap jari

Selain itu, teknologi pengimbas cap jari juga disediakan bagi mereka yang tidak mahu menggunakan fungsi pengecaman wajah ini.

 

Full Screen Multitasking

Jika sebelum ini OPPO F5 hadir dengan fungsi Smart Split, OPPO F7 pula hadir dengan sokongan Full Screen Multitasking yang membolehkan pengguna membuat tugasan dengan mudah.

Jika menerima SMS ketika sedang bermain permainan mudah-alih, anda boleh terus membaca mesej sambil bermain. Namun begitu, fungsi ini perlu diaktifkan terlebih dahulu di ruangan tetapan.

 

Game Acceleration

Walaupun telefon pintar ini memfokuskan kepada pengguna yang suka berswafoto, OPPO tidak melupakan untuk mereka yang pentingkan prestasi sesebuah peranti. Kepada yang gemar bermain permainan mudah alih, telefon pintar ini boleh dipertimbangkan!

Selain dibekalkan dengan pilihan RAM sebesar 4GB/6GB, ia turut dikuasakan oleh pemproses Octa-core berkelajuan 2.0GHz bersama grafik MediaTek Helio P60. Malah kehadiran paparan skrin bersaiz 6.23 inci pula pastinya memberikan keseronokan semasa bermain.

 

Phone Manager

Bagi membolehkan OPPO F7 beroperasi dengan baik, telefon pintar ini telah didatangkan dengan aplikasi yang diberi nama Phone Manager.

Aplikasi pra-pasang ini membantu anda menguruskan peranti seperti memastikan sistem sentiasa dioptimumkan, memantau trafik data, memadam fail yang tidak diperlukan dan beberapa lagi supaya OPPO F7 sentiasa lancar.

 

:: HASIL GAMBAR ::

KAMERA UTAMA
BUNGA

INDOOR

MAKANAN

KAMERA HADAPAN
SWAFOTO – AI BEAUTY

SWAFOTO – POTRET

SWAFOTO – AR STICKERS

SWAFOTO – GROUP SELFIE

 

 

:: KOMEN EDITOR ::

Seperti kebanyakan model keluaran OPPO sebelum ini, jelas dapat dilihat bahawa model F7 mampu menarik perhatian golongan mereka yang gemar berswafoto. Apa yang menariknya model ini, ia bukan sahaja menawarkan lensa depan yang dipertingkatkan kepada 25 Megapiksel dengan teknologi AI Beauty, tetapi juga menawarkan ciri baru yang dikenali sebagai AR Sticker.

Lebih istimewa, kali ini OPPO F7 menampilkan paparan skrin dengan nisbah 19:9 yang turut dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah yang diberi nama Facial Unlock. Malah peningkatan prestasi dan juga bateri yang ditawarkan oleh telefon pintar ini juga mampu menarik sesiapa sahaja walaupun bukan pengguna swafoto.

Dengan bajet RM1,400 (4GB) dan RM1,700 (6GB), anda boleh mendapatkan telefon pintar yang bukan sahaja mempertaruhkan penggambaran swafoto beresolusi tinggi yang mana menghasilkan gambar natural, tetapi juga pentingkan prestasi, bateri serta menawarkan paparan skrin yang besar.

 

Unboxing! OPPO F7!

 

Berminat, boleh beli di pautan berikut:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here