**********
Sambungan…

Di dalam artikel reviu eksklusif bahagian 1, kami telah kongsikan bersama para pembaca mengenai ulasan peranti Huawei nova 2 Lite yang baru dilancarkan ke pasaran Malaysia. Oleh itu, untuk bahagian yang kedua ini, kami ingin kongsikan ulasan yang selebihnya mengenai prestasi dalaman.

 

ANTARAMUKA

Apa yang menarik tentang Huawei Nova 2 Lite ialah ketersediaan antaramuka yang lebih kemas melalui Android terkini.

Antaramuka EMUI 8.0

Sistem yang menjana perisian dalaman ialah Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0 menjadikan peranti beroperasi lancar dan pantas tanpa sekatan.

Dalam masa yang sama, peranti mampu mengoptimumkan tahap penggunaan dan membahagikan kuasa dengan lebih efisyen.

Antaramuka yang disediakan tidak mengandungi laci aplikasi, sebaliknya skrin perlu diselak ke sebelah kanan untuk mencari aplikasi-aplikasi yang disimpan.

 

PEMPROSES

Cip yang digunakan untuk menguasakan perant ini berada di bawah siri-400 iaitu Snapdragon 430. Ia digandingkan dengan RAM sebesar 3GB dan storan 32GB mampu melakukan tugasan yang sederhana dan menyokong kerja multi-tasking tanpa sebarang masalah.

Selain itu, ia turut menyokong ciri split-screen yang membolehkan dua aplikasi dibuka secara serentak, misalnya membaca kandungan Facebook sambil mencari aplikasi di Google Play Store untuk dimuat turun. Ia sama sekali tidak menjejaskan prestasi telefon, bahkan memudahkan pengguna melakukan beberapa aktiviti dalam satu-satu masa.

 

UJIAN BENCHMARK

Ujian prestasi masih diteruskan dengan melakukan ujian benchmark pada Huawei nova 2 Lite. Ujian dijalankan bagi mengukur tahap kebolehan komponen dalaman peranti dalam beberapa aspek seperti paparan, prestasi, kelajuan kamera, audio dan bateri.

 

UJIAN BATERI

Dengan berat keseluruhan 155g, telefon pintar ini dibekalkan dengan bateri sebesar 3,000mAh. Sepanjang telefon ini digunakan, ia mampu bertahan sehingga 6-7 jam dalam sekali pengecasan. Begitu juga jika dibiarkan dalam keadaan sedia, peranti mampu memberikan kitaran masa sehingga 22 jam dengan sambungan 4G LTE, WiFi dan GPS terbuka.

Peranti mengambil masa 2 jam 20 minit untuk bateri dipenuhkan

Sesi ujian pengecasan turut dilakukan dan mendapati bateri memakan masa sehingga 2 jam 20 minit untuk dicas sepenuhnya.

 

KAMERA

Pada jabatan kamera Huawei nova 2 Lite dibekalkan dengan gabungan dwi-kamera 13 Megapiksel dan 2 Megapiksel di bahagian belakang. Dalam julat harga di bawah RM1,000 sudah pasti prestasi kamera tidak boleh dipertikaikan.

Konfigurasi dwi-kamera yang diletakkan secara mendatar

Bagaimanapun, kamera yang digunakan tidaklah dikatakan tidak bagus tetapi untuk gambar yang lebih jelas, pengguna perlu pastikan kamera digunakan di dalam persekitaran yang cukup cahaya serta terang.

Untuk kamera depan, ia dilengkapi ciri Face Beauty untuk melembutkan tekstur kulit dan wajah. Kamera 8 Megapiksel ini juga turut dibantu dengan lampu LED flash yang membolehkan penggambaran di dalam gelap dilakukan tanpa sebarang isu.

Hanya satu kamera sahaja diberikan untuk pengguna berswafoto

Sebaik membuka kamera dan selak ke bahagian tetapan, tiada ciri AR Lens seperti yang dipromosikan (kami rasakan ia mungkin akan dimasukkan ke dalam versi kemas kini di masa akan datang).

 

HASIL GAMBAR

Swafoto
Swafoto yang diambil menggunakan mod biasa
Swafoto yang diambil menggunakan ciri Face Beauty

 

Outdoor
Gambar yang diambil menggunakan mod auto yang kebiasaan pengguna buat
Gambar yang diambil menggunakan mod auto yang kebiasaan pengguna buat

 

Panorama
Mod panorama yang diambil untuk gambar yang lebih luas

 

Malam
Gambar malam dengan hasil yang memuaskan
Diambil dengan mod wide aperture
Walaupun telah fokus pada bahagian lampu, ia masih lagi over-exposed

 

Makro
Kamera hasilkan gambar makro dengan baik tetapi perlukan cahaya organik
Gambar terbaik daripada Huawei nova 2 Lite

 

 

KESIMPULAN…

Secara keseluruhannya, Huawei nova 2 Lite memberikan pengalaman yang cukup memuaskan kepada kami. Bagaimanapun dengan saiz skrin 6-inci, peranti ini memerlukan dua tangan untuk dioperasikan, sementara pada bahagian kerangka ia tidak dapat memberikan cengkaman yang baik apabila digenggam, mungkin disebabkan kemasan warna yang berkilau. Jalan mudah untuk rasa lebih selesa ialah gunakan sarung pelindung dalam masa yang sama boleh melindungi peranti.

Daripada aspek ketahanan bateri, ia hanya pada tahap sederhana malahan waktu pengecasan juga mengambil masa yang panjang. Jika anda seorang pengguna berat, kami nasihatkan supaya dapatkan aksesori pengecasan pantas pihak ketiga yang sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan masa mengecas. Walaupun kemasan luaran dihasilkan dengan cantik, perlu diingatkan ia sangat mudah untuk memerangkap kesan cap jari.

Dari sudut positif pula, Huawei nova 2 Lite tiada masalah dalam melakukan tugasan seperti melayari internet, sosial media dan membuka banyak aplikasi di latar. Kombinasi cip pemporses serta RAM yang seimbang membuatkan peranti ini kurang lag dan ia berjalan dengan lancar semasa digunakan.

 

P/s:
Apa-apapun, anda perlu ingat yang peranti ini dijual pada harga hanya RM799 seunit.

 

Berminat, boleh beli di sini ⇓

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here