**********

Malaysia sekali lagi menjadi negara yang bertuah apabila menjadi pasaran yang terawal menerima kehadiran Huawei nova 2 Lite. Telefon pintar ini dilancarkan di Malaysia pada minggu kedua bulan Mac 2018. Ia dijual pada harga yang kompetitif iaitu di bawah RM800, sekaligus membuatkan ramai pengguna tidak berfikir panjang untuk memilikinya. Sepanjang empat hari pertama ia mula dijual, Huawei memaklumkan sebanyak 7,000 unit telah habis dijual. Jadi, untuk mengetahui apa sebenarnya daya tarikan yang ada pada peranti ini, jom baca reviu di bawah…

HARGA: RM799 RM659

Pandangan pertama kami untuk telefon pintar ini ialah warna yang dikemaskan pada tubuh badan peranti sangat mengiurkan. Mana tidaknya pada harga di bawah seribu ringgit, pengguna boleh mendapatkan sebuah telefon dengan rupa yang premium. Kemasan sebegini selalunya ada pada peranti dengan harga ribuan ringgit, maka di sini Huawei berjaya menarik perhatian bakal pembelinya.

Baca Juga:

 

Spesifikasi di bawah adalah perbandingan antara Huawei nova 2 Lite dan honor 9 Lite memandangkan dua peranti ini berada pada julat harga yang sama.

SPESIFIKASI

 

REKAAN

Bahagian luaran peranti menggunakan bahan berasaskan gelas dan pada bahagian kerangka, ia diperbuat daripada logam yang telah dikilatkan.

Rekaan depan dan belakang yang cantik dan kemas

Peranti ini dikemaskan dengan dua pilihan warna iaitu biru yang kami reviu dan hitam. Jika merasakan warna biru terlalu menonjol, hitam adalah pilihan yang seterusnya.

(Kiri) SIM slot (Kanan) Butang laras suara dan butang ON/OFF/Kunci

Daripada segi reka bentuk, ia tidak terlalu ‘wow’ kerana telefon ini masih kekal dengan rekaan tipikal tahun 2017.

(Atas) Tiada sebarang fungsi (Bawah) Speaker, bicu mikro-USB, bicu audio 3.5mm

Bermaksud, kedudukan modul kamera, pengimbas cap jari dan sensor berada di tempat yang sama.

 

PAPARAN

Bahagian ini sedikit menjejaskan ulasan reviu pada kali ini kerana paparan pada telefon ini tidak seperti yang dijangka. Memang betul ia didatangkan dengan nisbah 18:9 FullView Display, tetapi apa yang menjengkelkan ialah resolusi yang dihasilkan hanya sekadar HD+.

(Atas) honor 9 Lite dengan resolusi 1080p, sementara Huawei nova 2 Lite dengan resolusi 720p menggunakan YouTube

Pada saiz 5.99-inci dengan resolusi sebegini ia sekaligus tidak memberi keseronokan sewaktu menonton video dan menatal laman sosial media.

(Atas) honor 9 Lite dengan resolusi 1080p, sementara Huawei nova 2 Lite dengan resolusi 720p menggunakan YouTube

Walaupun resolusi tidak mencapai sehingga FHD, ia sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan penggunaan bateri.

 

SISTEM NYAHKUNCI

Sistem keselamatan pada Huawei nova 2 Lite menyediakan kaedah nyahkunci peranti seperti Face Unlock dan pengimbas cap jari. Bagaimanapun, kaedah lain turut disertakan antaranya paten, PIN dan kata laluan.

Sistem keselamatan yang kukuh dan lancar

Sepanjang menggunakan peranti, tiada isu telefon gagal dibuka dan Face Unlock berfungsi dengan baik.

 

SLOT SIM & MICROSD

Kelebihan pada peranti ini pula ialah pada slot-nya. Huawei nova 2 Lite tidak menyokong slot hibrid sebaliknya memberikan pengguna tiga slot sekaligus. Dua kad SIM boleh dimasukkan secara serentak dan sekiranya memerlukan kad microSD sebagai jalan alternatif bagi meluaskan storan, terdapat satu slot disediakan.

Tiga slot boleh digunakan serentak

Pada slot SIM yang pertama ia menyokong 4G LTE, sementara pada slot yang kedua hanya terhad kepada 3G sahaja. Bagi kami slot yang kedua cukup untuk dijadikan sebagai SIM backup.

 

BICU PENGECASAN

Semakin banyak pengeluar di luar sana menawarkan peranti dengan bicu USB-C, tetapi tidak untuk Huawei nova 2 Lite kerana bicu pengecasan yang dimuatkan hanya menyokong kabel sambungan mikro-USB.

Masih tidak menggunakan bicu USB-C

Ini bermakna tiada pengecasan pantas dapat dilakukan dan peranti masih kekal dengan sistem pengecasan tradisional. Selain daripada itu, ia juga boleh digunakan untuk memindahkan atau menyalin fail ke komputer.

 

SPEAKER AUDIO

Pada harga semesra ini, tiada apa yang perlu diharapkan pada sistem audio kerana peranti ini hanya dilengkapi satu speaker di bahagian bawah. Kualiti yang dihemburkan pula kekurangan bunyi bass tetapi lantang dengan suara yang kuat.

Speaker mono yang disediakan

Tidak banyak yang nak diolah mengenai speaker, bagaimanapun ia memuaskan dan tidak mengecewakan.

 

ULASAN PRA-AKHIR…

Kesimpulan untuk reviu bahagian pertama ini, apa yang kami dapat simpulkan ialah Huawei nova 2 Lite merupakan peranti yang boleh dibeli tanpa berfikir panjang. Jika sifat luaran boleh diterima, maka sifat dalaman juga akan menyusul berikutnya. Kami maksudkan ialah pengguna kasual akan tertarik kepada peranti ini apabila ia dipamerkan di bilik pameran. Namun begitu, jika seseorang itu lebih cenderung untuk bermain game ia bukanlah telefon yang sesuai untuk dimiliki.

Berminat, boleh beli di sini ⇓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here