Pra-Tempahan Apple iPhone 8 Warna Merah Dibuka – Harga Bermula RM3,649

200
**********

Beberapa hari lepas Apple telah mengumumkan ketersediaan warna merah baharu untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Kini di laman rasmi Apple Malaysia, ia sedia untuk di pra-tempah pada harga bermula RM3,649 untuk iPhone 8 dan RM4,149 untuk iPhone 8 Plus.

Harga yang ditawarkan adalah sama seperti peranti iPhone dengan warna sedia ada. Oleh itu, warna merah ini sebahagian daripada pilihan tambahan kepada peminat produk Apple di luar sana untuk mendapatkan warna edisi terhad (PRODUCT) RED.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus (PRODUCT) RED ditawarkan dalam pilihan storan asas 64GB, sementara untuk storan 256GB pelanggan perlu membuat penambahan wang. Pra-tempah untuk kedua-dua produk boleh dibuat di laman rasmi Apple Malaysia.

Warna merah pada iPhone ini sebenarnya merupakan produk bantuan amal untuk Dana Antarbangsa dalam membantu pesakit AIDS dan HIV. Jadi, jika anda membeli peranti ini dalam masa sama anda turut membantu golongan yang tidak bernasib baik.

Pra tempah iPhone 8 (PRODUCT) RED di sini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here