OPPO F7 128GB Diumumkan Dengan Tanda Harga RM1,699 – Sunrise Red Dan Diamond Black

311
**********

Minggu lepas OPPO Malaysia telah melancarkan peranti terbaharu OPPO F7 ke pasaran tempatan dengan dua varian, 64GB dan 128GB. Memandangkan harga untuk varian 128GB tidak disertakan pada masa itu, kini pihak OPPO telah mengumumkan varian 128GB dengan tanda harga RM1,699.

Dalam menyambut kehadiran peranti F7, OPPO turut mengumumkan kerjasama mereka dengan pihak Maxis menawarkan peranti dengan pakej yang menarik. OPPO F7 boleh didapati pada harga serendah RM1 sekiranya pelanggan mendaftar pelan MaxisONE Plan 158.

Min Chen selaku duta produk OPPO F7

Bagi sesiapa yang tidak mahu terikat dengan kontrak telco, peranti ini boleh di pra-tempah bermula pada 23 April hingga 27 April 2018 di mana-mana kedai konsep OPPO, laman rasmi OPPO, atau wakil sah OPPO seluruh Malaysia.

Lebih mudah lagi, pelanggan yang ingin membuat pra-tempahan boleh ke gedung beli-belah atas talian seperti Lazada, 11street, atau Shopee. Sementara, OPPO F7 128GB disediakan dengan pilihan warna Sunrise Red dan Diamond Black.

Hands-on!! OPPO F7, Peranti Berskrin Penuh 6.23 Inci Dengan Nisbah 19:9

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here