Nokia X6 Bakal Kembali – Sokong Paparan Skrin Nisbah 19:9 & Dwi-Kamera Carl Zeiss

554
**********
Nokia X6 (2009)

HMD Global dilaporkan akan melancarkan model kelas pertengahan terbarunya pada hari ini (27 April) pada satu majlis khas yang akan berlangsung di China. Model yang bakal diperkenalkan adalah Nokia X6 (2018) bersama Nokia 6 (2018) dan juga Nokia 7 Plus.

Untuk maklumat anda, Nokia X6 pernah dikeluarkan pada tahun 2009 yang menggunakan Symbian OS, paparan skrin 3.2 inci dan juga kamera utama 5 Megapiksel. Model baru yang akan diumumkan ini merupakan model kemunculan semula kepada Nokia X6 yang asal sepertimana Nokia 3310 dan juga Nokia Pisang (Nokia 8110).

Gambar tertiris yang mengatakan ini adalah model Nokia X6 (2018)

Berdasarkan sumber yang diperoleh, Nokia X6 (2018) menampilkan skrin bersaiz 5.8 inci tanpa bezel dengan nisbah skrin 19:9. Peranti ini akan ditawarkan dalam dua varian memori dan pemproses iaitu 6GB RAM yang menyokong Snapdragon 636 serta 4GB RAM pula dikuasakan oleh pemproses Mediatek P60.

Selain itu, telefon pintar ini juga akan dilengkapi dwi-kamera utama menggunakan sentuhan Carl Zeiss, tetapi tidak pula diberitahu resolusinya. Dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo, telefon pintar ini dijangka hadir dengan tanda harga RMB1,599 (kira-kira RM993) untuk model Mediatek P60 dan RMB1,799 (kira-kira RM1,117) bagi model Snapdragon 636.

Maklumat lebih lanjut, jangan lupa ikuti kami!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here