Muka Baru! Hebe Tien Sebagai Duta OPPO F7!

1635
- Iklan -

New face new face new new new face…
New face new face new new new face…

Haha… jangan salah faham pula duta baharu OPPO adalah superstar PSY yang datang dari Korea ya. Minggu lepas OPPO ada keluarkan teaser peraduan mengenai duta baharu OPPO F7, dan kini pihak OPPO telah mengumumkan duta terbaru mereka bagi model F7.

Kedua-dua selebriti Hebe Tien (田 馥 甄) dan Neelofa akan menjadi duta bagi OPPO F7 yang bakal dilancarkan di pasaran tempatan. Kerjasama antara OPPO Malaysia bersama kedua-dua selebriti berpengaruh ini pasti akan membawa lebih banyak keseronokan dan kegembiraan kepada pelancaran OPPO F7 yang akan datang.

Sebagai penyanyi terkenal dan cantik dari Taiwan, Hebe Tien (田 馥 甄) sentiasa menampilkan personaliti yang positif dan ini menjadi sebab utama pihak OPPO memilih dia sebagai duta. Imej dia dapat memberi sumbangan besar kepada imej jenama dan dipecayai akan menjangkau pengguna dan peminat yang lebih luas.

Selain itu, pihak OPPO turut mengumumkan bahawa selebriti Neelofa juga akan menyertai OPPO sekali lagi dalam perasmian OPPO F7 nanti. Dengan populariti Neelofa dan sokongan peminat yang kuat, pasti dapat membawa sambutan yang baik kepada jenama OPPO.

Bersiap sedia semua O-fans, bersama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini dan duta baharu kali ini.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here