MSI Perkenalkan Laptop Gaming GS65, GT75, GE Raider Untuk Pasaran Malaysia

289
**********

MSI yang terkenal dengan laptop gaming hari ini mengumumkan ketersediaan produk terbaharu GS65 Stealth Thin, GE Raider RGB Edition, dan GT75VR dengan pemproses i9 untuk para peminat tempatan tidak lama lagi.

Kesemua laptop ini dibawa masuk dengan isi dalaman serba canggih dengan adanya perisian Intel Generasi ke-8 bersama rekaan yang lebih agresif sesuai kepada para gamer di Malaysia.

GS65 Stealth Thin

 

Sebuah laptop gaming yang dilengkapi paparan IPS berteknologi 144Hz 7ms dengan ruang bezel nipis menjadikan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 82 peratus termasuk kelengkapan kamera web di bahagian bawah skrin. Laptop ini dikuasakan pemproses Intel Core i7 dan kad grafik GTX 1070 berteknologi NVIDIA Max-Q sekaligus melonjakkan prestasi sehingga 40 peratus lebih baik berbanding generasi sebelum.

Berat laptop ini adalah sekitar 1.8kg dimana ia juga hadir dengan sistem penyejuk MSI Cooler Boost Trinity serta bateri 82Whr yang boleh dioperasikan selama 8 jam lamanya. Pembaharuan telah dilakukan pada bahagian papan kekunci, kini ia didatangkan dengan RGB rekaan SteelSeries yang membolehkan pengguna menkustom setiap butang yang ada.

GE Raider RGB Edtion

Laptop ini telah diumumkan di acara CES 2018 yang lalu. Reka bentuk keseluruhan pada produk ini diilhamkan daripada sebuah kereta sukan dan PC Master Race’s Love, membuatkan permukaan luar dan dalam dilengkapi lampu berwarna pelangi. Lampu RGB ini memiliki 16.8 juta warna yang boleh dibahagikan kepada 24 zon berasingan.

Konfigurasi dalaman menempatkan pemproses Intel Core i7 disamping kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070. Ia dipadankan dengan paparan berteknologi 120Hz 3ms yang turut disejukkan menerusi dua kipas MSI Cooler Boost 5 serta isi dalaman lain seperti Bluetooth v5.0, Nahimic 3, Killer Networking, dan banyak lagi.

GT75VR Titan (i9)

Bagi pengguna yang lebih hardcore, sebuah laptop mungkin sesuai untuk digunakan kerana ia menjadi laptop gaming pertama di dunia menggunakan pemproses Intel Core i9. Menerusi papan kekunci mekanikal, model terbaru ini menawarkan pengguna prestasi tanpa batasan khususnya dalam bermain game. Rekaan yang tebal dalam masa sama memberikan pengguna gaya hidup kasual seperti sebuah komputer desktop.

Perkakasan yang lebih baik pada sistem kipas penyejuk MSI Cooler Boost Titan telah mendorong keputusan prestasi meningkat naik kepada 70 peratus berbanding Intel Core i7. Selain daripada bermain game, ia juga sesuai untuk melakukan produktiviti dalam kerja-kerja di meja pejabat.

Berkenaan harga untuk ketiga-tiga laptop, pihak MSI masib belum membuat pengumuman tetapi kami jangkakan majlis pelancaran akan berlangsung dalam minggu ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here