Miliki OPPO F7 Secara Percuma Dengan Telco Digi & Celcom

9772
**********
Pelan Pascabayar Digi 150

OPPO F7 telahpun dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada 19 April yang lepas. Terdapat dua varian berbeza boleh dibeli pada harga RM1,399 (4GB) dan RM1,699 (6GB).

Terbaru, Kepada yang berkira-kira mahu memiliki OPPO F7, kini anda boleh mendapatkan telefon pintar ini secara percuma apabila memilih pelan dari dua telco berbeza iaitu Digi dan juga Celcom.

Kepada pelanggan Digi, anda boleh memiliki OPPO F7 ini secara percuma dengan melanggan Pelan Pascabayar Digi 150 ataupun Pelan Pascabayar 250.

Pelan Pascabayar 250

Pelanggan yang melanggan Pelan Pascabayar Digi 150 akan menikmati 60GB untuk data Internet, panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian, dan boleh dikongsikan ke dua talian tambahan tanpa caj ekstra. Bagi pelanggan yang melanggan Pelan Pascabayar Digi 250 pula akan menerima 120GB data Internet, panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian, dan boleh dikongsikan ke empat talian tambahan tanpa caj ekstra.

Bagi pelanggan Celcom pula, pengguna boleh mendapatkan OPPO F7 secara percuma apabila melanggan pelan Celcom First Platinum 148 dan Celcom First Platinum Plus 188 dengan bayaran bulanan RM148 dan RM188 sahaja. Selain itu, anda juga boleh memiliki OPPO F7 dengan program ansuran serendah RM35 dan RM50 sebulan di bawah pelan EasyPhone.

Pelan Celcom

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Celcom dan Digi.

4 KOMEN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here