Kemas Kini Terbaru Membolehkan Pengguna Muat Naik Instagram Stories Sehingga 10 Video Serentak!

471
**********

Pengguna laman sosial Instagram hari ini dilihat lebih berminat menggunakan fungsi Instagram Stories untuk membuat kiriman berbanding mengirim gambar atau video melalui kiriman biasa. Oleh kerana itu, pihak Instagram telah menyediakan beberapa fungsi terbaru untuk Instagram Stories pada kemas kini terbarunya.

Fungsi baru yang ada pada kemas kini terbaru Instagram

Pembaharuan yang paling ketara dapat dilihat pada kemas kini terbaru ini adalah membolehkan pengguna mengirimkan 10 gambar atau video pada Instagram Stories serentak. Ia secara tidak langsung memudahkan pengguna yang gemar membuat naik lebih daripada satu Stories pada satu-satu masa.

Selain itu, Instagram juga akan memaparkan lokasi yang diambil pada gambar atau video secara automatik. Buat masa sekarang, kemas kini ini hanya tersedia untuk pengguna Android dan dijangka akan menemui pengguna iOS dalam masa terdekat.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here