“JBL Rising Star Singing Competition 2018” Kini Menerima Pendaftaran Dalam Talian

1204
**********

Adakah anda minat menyanyi? Atau minat dalam persembahan? Kini anda berpeluang merebut hadiah bernilai sehingga RM100,000 dalam pertandingan nyanyian JBL Rising Star Singing Competition 2018 yang dianjurkan oleh Hot Gadgets, pengedar tunggal JBL di Malaysia.

Baca Juga:

JBL Rising Star Singing Competition 2018 telah mula menerima penyertaan atas talian, pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 16 – 30 tahun. Syaratnya mudah je, peserta perlu sediakan video rakaman (durasi 1 minit) yang memaparkan anda menyanyikan lagu pilihan sendiri. Seterusnya anda perlu memuat naik rakaman tersebut di Instagram dengan hashtag #JBLMY dan #JBLRISINGSTAR.

(Kiri) Hael Husaini, penyanyi yang dikenali menerusi lagu ‘Jampi’, (kanan) Jenn Chia adalah seorang YouTuber, penyanyi dan penulis lagu.

18 peserta akan dipilih ke pusingan separuh akhir, di mana 15 peserta akan dipilih oleh 3 juri profesional iaitu Hanz Guo Wen Han, Jenn Chia dan Hael Husaini, dan 3 peserta dengan jumlah like tertinggi di Instagram akan mara secara automatik ke pusingan separuh akhir pada 19 Mei 2018 (Sabtu).

10 peserta akhir yang dipilih pada pusingan separuh akhir akan bertanding pada 23 Jun 2018 (Sabtu) di Sunway Velocity Mall untuk menentukan 3 tempat teratas. Selain 3 pemenang utama, peserta juga berpeluang membawa pulang gelaran “Anugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular” dan “Anugerah Persembahan Terbaik”.

Juara akan menerima hadiah bernilai sehingga RM50,000, termasuk wang tunai RM 8,000, beberapa produk keluaran JBL, serta gelaran duta “JBL Rising Star” di mana akan membuat penampilan di semua kempen atau aktiviti JBL selama setahun.

 

Terma & Syarat:
  1. Semua peserta dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat sebelum mengambil bahagian.
  2. Pihak penganjur hanya menerima penyertaan individu dan penyertaan berkumpulan akan ditolak.
  3. Pusingan separuh akhir dan akhir akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook JBL Malaysia.
  4. Untuk mengambil bahagian dalam JBL Rising Star Singing Competition 2018, semua peserta perlu mendaftar sebelum 24 April 2018.
  5. Maklumat lanjut, boleh layari JBL Malaysia atau FB mereka, talian hubung 03-55691387.

 

Video Promo

 

 

 

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here