JBL Berkolaborasi Dengan Hypergear Untuk Lancarkan Speaker Bundle & Beg Kalis Air

313
**********

Selain itu, pada pelancaran ini juga telah menyaksikan kerjasama di antara JBL dengan Hypergear untuk melancarkan Speaker Bundle dan beg kalis air yang diberi nama JBL Lucky Bag dengan rekaan eksklusif.

Lebih menarik, JBL juga telah menganjurkan peraduan di mana peserta perlu merekod nyanyian di Instagram untuk mendapat ‘like’ dan juri profesional akan menilai dan memilih pemenang.

Pada acara akhir yang bakal berlangsung di Sunway Velocity pada 24 April ini, peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Sebuah lagi acara yang dianjurkan oleh JBL adalah Concert Run 2018 yang akan berlangsung pada September 2018. Menurut jurucakap JBL, mereka akan mengadakan lebih banyak acara menarik pada masa akan datang.

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan set Bundle bernilai RM388 (harga asal RM550) di mana anda akan mendapat JBL Sport In-Ear Headphones, JBL Portable Speaker, JBL Suprise Item, Dry Bag 5L, Baucer tunai Hypergear bernilai RM10 dan juga Scratch Card.

Manakala set Bundle bernilai RM788 (harga asal RM1,200) pula diberikan JBL Sport In-Ear Headphones, JBL Splashproof Speaker, JBL Suprise Item, Dry Bag 10L, Baucer tunai Hypergear bernilai RM10 serta Scratch Card.

Beli di sini >> Lazada

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here