Instagram Membolehkan Anda Memuat Turun Segala Data Yang Pernah Dikongsikan

188
**********

Sejak Facebook dilanda kontroversi ‘Cambridge Analytica’, syarikat ini nampaknya lebih berhati-hati dengan privasi pengguna. Terbaru, Instagram selaku syarikat induk dibawah Facebook telah memilih untuk berkongsi segala data yang dikongsikan pengguna secara bersama. Dalam erti kata lain anda berpeluang memuat naik gambar, komen, info mengenai profil secara menyeluruh.

Penawaran perkongsian ini membolehkan para pengguna menyimpan segala data untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku melibatkan pihak Instagram dan juga pengguna.

Buat mereka yang mahu mendapatkan data yang pernah dikongsikan melalui laman Instagram, boleh terus ke laman Instagram. Permohonan mendapatkan data ini bakal diproses dan dihantar kepada pengguna melalui emel dalam jangka masa 48 jam.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here