Huawei Y6 (2018) Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Ke Pasaran Tempatan Penghujung April 2018

503
**********

Selain peranti kelas atasan, Huawei juga mempunyai peranti mampu milik yang terdiri dari siri ‘Y’. Terbaru, Huawei telah memperkenalkan peranti baru dibawah siri ‘Y’ yang diberi nama Huawei Y6 (2018).

Huawei Y6 (2018) menampilkan paparan skrin bersaiz 5.7 inci dengan nisbah 18:9 beresolusi 1440×720 piksel. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 450, ia diserikan oleh memori RAM 2GB dan storan berkapasiti 16GB. Bagi fungsi penggambaran pula, telefon pintar ini hadir dengan kamera utama 13 Megapiksel, manakala kamera hadapan pula beresolusi 5 Megapixel.

Dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo dengan sokongan antaramuka EMUI 8.0, Y6 (2018) telah dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh. Walaupun tidak menyokong pengimbas cap jari, tetapi peranti ini menyokong ciri unlock berasaskan wajah. Malah Huawei juga memberitahu kualiti audio yang ditawarkan pada peranti ini jauh lebih baik berbanding peranti yang ada di pasaran sekarang.

Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan biru, Huawei Y6 (2018) dijangka akan tiba di Malaysia pada 27 April 2018, tetapi harganya masih belum diketahui.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here