Huawei Terlanjur Bagi Tahu Tarikh Pelancaran Huawei P20 Pro Versi Twilight

581
**********

Semasa pelancaran siri Huawei P20 di Malaysia awal bulan ini, ramai yang menjangkakan Huawei akan menampilkan P20 Pro dengan pilihan warna Twilight. Namun, harapan kami dan peminat di Malaysia punah kerana warna yang dibawa masuk pada masa itu hanyalah warna biru dan hitam sahaja.

Akhir-akhir ini ada khabar angin mengatakan pihak Huawei bakal menampilkan versi Twilight ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Apa yang mengejutkan ialah papan tanda dan hiasan sepanduk Huawei P20 Pro Twilight kini boleh dilihat di perkarangan pintu masuk Pavilion, Kuala Lumpur.

Pada mulanya, tarikh dan lokasi peranti yang ingin dilancarkan didedahkan secara terbuka melalui laman Facebook rasmi Huawei Flagship Store. Namun, selepas beberapa minit ia dimuat naik, pentakbir Facebook tersebut mula mengemas kini dengan menggantikannya gambar yang mana tarikh dan lokasi telah ditutup menggunakan pasu bunga.

Kami menganggap pihak Huawei secara tidak sengaja telah memuat naik gambar tersebut. Oleh itu, apa yang pasti Huawei P20 Pro versi Twilight akan dilancarkan 4 Mei 2018, pada pukul 6 petang bertempat di Huawei Flagship Store, Pavilion.

Jadi, jika ada diantara anda yang dah berkenan dengan warna Twilight ini, siap sedialah untuk serbu kedai tersebut. Apa yang boleh kami cakap, kedai tu gerenti penuh beb!

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here