HTC Desire 12 Dan Desire 12+ Kini Di Malaysia – Stok Terhad, Harga Bermula RM599!

359
**********

HTC Malaysia baru sahaja mengumumkan ketersediaan dua peranti terbaharu ke pasaran tempatan. Kedua-duanya ialah HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+, masing-masing dijual pada harga yang kompetitif dibawah RM1,000.

HTC Desire 12 dibina berasaskan tubuh badan gelas dan bingkai logam dilengkapi skrin 5.5” HD+ 18:9. Ia dikuasakan cip pemproses MediaTek MT6739, sementara HTC Desire 12+ hadir dengan paparan lebih besar 6” HD+ 18:9 yang dijana cip pemproses Qualcomm Snapdragon 450.

Selain daripada menawarkan skrin yang luas, peranti ini turut dilengkapi sistem dwi-kamera 13 MP + 2 MP aperture f/2.2 untuk Desire 12+, manakala kamera tunggal 13 MP aperture f/2.2 untuk model asas. Kedua-dua peranti dibezakan dengan kamera depan menggunakan sensor 8 MP dan 5 MP.

HTC Desire 12 dan Desire 12+ lengkap dengan bateri berkapasiti 2,730mAh dan 2,965mAh tanpa pengecasan pantas menerusi sambungan microUSB. Dalam memberikan storan yang lebih besar, dua peranti ini menyokong kad microSD sehingga 400GB.

Daripada segi harga pula, HTC Desire 12 dan Desire 12+ dijual dengan tanda harga RM739 dan RM899 seunit. Bagaimanapun, ia boleh didapati dengan harga jauh lebih rendah melalui kedai rasmi atas talian HTC di Shopee pada harga selepas diskaun iaitu RM599 dan RM729. Pilihan warna yang disediakan ialah Warm Silver dan Cool Black.

Promosi hanya akan bermula pada 26 April 2018, pada pukul 9 pagi dengan stok terhad 1,000 unit sahaja. Jadi, tunggu apa lagi tandakan kalendar dan mula membelinya di sini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here