Honor 9 Lite Ditawarkan Pada Harga Lebih Rendah Pada 25 April Ini!

371
**********

Honor 9 Lite telah dilancarkan bulan lalu dan pada pendapat kami ia merupakan sebuah telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki. Oleh itu, Honor Malaysia sekali lagi tampil kali ini dengan promosi menarik dengan penurunan harga Honor 9 Lite pada harga RM699 (asal RM749).

Sebelum ini, promosi yang sama telah dijalankan dan ia mendapat sambutan yang luar biasa apabila sebanyak 2,500 unit telah terjual dalam masa enam jam. Honor 9 Lite dilengkapi paparan FullView Display 5.65” FHD+ dengan cip pemproses Kirin 659 dan bateri sebesar 3,000mAh.

Pembelian boleh dibuat bermula pada pukul 12 pagi hingga 9 pagi pada 25 April 2018. Peminat Honor boleh mendapatkan Honor 9 Lite secara eksklusif hanya di kedai atas talian Vmall dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Honor Malaysia.

Huawei nova 2 Lite VS honor 9 Lite: 10 Perkara Membuatkan Kami Memilih…

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here