Celcom Lancarkan Lagu Hebat Negaraku Versi Sendiri!

1005
Grace Chan, Head of Brand Marketing, Celcom Axiata Berhad

Untuk jenama yang semakin terkenal dengan kempen-kempennya yang bertemakan perpaduan, Celcom dengan berbesar hati turut menyertai usaha terbaharu bersama semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) meraikan semangat perpaduan.

Kempen Unity merupakan terjemahan daripada lagu Hebat Negaraku yang digubah dengan cita rasa sendiri. Ia merupakan penghargaan kepada semua bangsa, rasa, ritma, tempat dan wajah yang membentuk Malaysia menjadi negara yang kukuh seperti hari ini. Segala citra, nada dan tempo jelas menggambarkan Malaysia.

Barisan pelakon dengan pelbagai peranan, gubahan muzik dan latar tempat, video muzik ini berjaya merakam wajah-wajah Malaysia. Jaclyn Victor dan Man Bai, dua nama besar dalam industri muzik Malaysia, diberi penghormatan untuk menerajui nyanyian yang turut disertai oleh kumpulan koir. Lagu ini telah digubah menjadi lebih pendek, bertenaga, serta menampilkan pelbagai alat muzik Malaysia yang terkenal seperti sape, sitar, seruling dan er hu. Penggambaran dilakukan di pelbagai lokasi serata negara, memaparkan bangsa dan masyarakat tempatan yang berbilang kaum.

Video muzik ini menyerlahkan lagi budaya intrinsik kita yang terkenal dengan sikap saling menghormati, tinggi nilai toleransi dan akrab. Bukan sekadar hiburan, ia turut berperanan sebagai panduan untuk kita menghargai perbezaan, sentiasa bersatu, dan menggalakkan perpaduan yang diharapkan menjadi ikutan generasi akan datang.

Kepelbagaian yang ada seharusnya kita raikan, dengan menghargai perbezaan yang dimiliki oleh setiap insan. Video muzik Hebat Negaraku dihasilkan dengan kerjasama M&C Saatchi dan telah dilancarkan di saluran You Tube dan Facebook Celcom pada 28 Mac 2018. Ia telah mencatat lebih daripada 2 juta tontonan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here