Daftar Pelan Digi Postpaid & Dapatkan vivo V9 Secara PERCUMA

8000
- Iklan -

Kehadiran vivo V9 pada harga RM1,399 di pasaran Malaysia telah mendapat sambutan menarik dari orang ramai. Kini anda juga boleh mendapakan peranti ini dengan PERCUMA sekiranya mendaftar pelan Digi Postpaid.

**T&C Apply

Pendaftaran bagi pelan Digi Postpaid 150 dan 250 layak membawa balik vivo V9 tanpa sebarang bayaran, sementara mendaftar pelan postpaid 110, anda hanya perlu membayar RM693 untuk harga peranti sahaja. Manakala pelan paling rendah iaitu Digi Postpaid 80, V9 ditawarkan pada harga RM765.

Selain tawaran untuk V9, Digi dan vivo juga memberikan promosi kombo yang cukup menarik di mana pelanggan boleh memiliki V7 dan Y53 secara PERCUMA jika mendaftar di bawah pelan postpaid 150 atau postpaid 250.

**T&C Apply

Seperti biasa, pelan ini didatangkan sekali dengan kontrak selama 24 bulan, manakala pelanggan yang ingin menghentikan kontrak perlu membayar wang penalti.

Vivo V9 merupakan telefon pintar pertama vivo yang hadir dengan skrin penuh dan sistem penggambaran dwi-kamera utama 16MP + 5MP, serta kamera swafoto beresolusi 24MP dengan sokongan teknologi AI.

Baca Juga:

Y53 pula adalah peranti mesra bajet yang membekalkan pemproses Snapdragon 425 Quad-core dengan 2GB RAM dan 16GB ROM, kamera 8MP dan bateri 2500mAh. Manakala V7 membawa seunit kamera swafoto 24MP, bersama dengan Snapdragon 450 Octa-core, memori dalaman 4GB RAM dan 32GB ROM serta 5.7 inci paparan skrin HD.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran vivo, anda boleh layari laman sesawang rasmi Digi.

Kalau tidak ingin terikat pada sebarang pelan, boleh juga beli di laman e-dagang seperti berikut:

 

 

- Advertisement -

3 KOMEN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here