Boost Dan Johor 4.0 Menggalakkan ‘Bangsa Johor’ Berbelanja Secara e-Dompet

138
**********

Johor 4.0 telah dilancarkan baru-baru ini oleh Menteri Besar Johor dan Menteri Komunikasi dan Multimedia juga bersama-sama Axiata Digital e-Code dan Boost. Kerjasama yang dijalinkan menandakan satu lagi perkongsian penting yang akan memperluaskan ekosistem tanpa tunai di Malaysia seterusnya membolehkan banyak perniagaan tempatan meneroka gaya hidup dompet elektronik mudah alih tanpa kad.

Buat masa ini, peniaga-peniaga Boost boleh ditemui di Jakel, Bazaar Karat, Kilang Bateri, Angsana Mall dan KSL Mall di daerah utama negeri Johor. Selain itu, Boost turut melebarkan sayap di beberapa tempat lain seperti pusat membeli-belah Komtar JBCC, Medini Mall, dan kawasan sekitarnya.

Boost merupakan aplikasi e-dompet yang kini digunakan oleh lebih 2.1 juta pengguna dan peniaga dalam talian dan luar talian di lebih 9,000 lokasi. Revolusi ini bertujuan menggalakkan cara pengguna di Malaysia berurusan dengan pembayaran tanpa tunai dan tanpa kad. Dalam segmen ini, Boost mensasarkan kepada peniaga pasar malam terpilih, trak makanan, gerai makan, medan selera, dan pelbagai industri makanan dan minuman (F&B), hiburan, pengangkutan, gedung beli-belah dalam talian serta kedai buku.

Sebagai aplikasi gaya hidup, pengguna boleh melakukan perkhidmatan seperti membeli top up prabayar dan baucar digital serta memberi hadiah kepada pengguna lain, pemindahan wang secara percuma dan juga “Go Dutch” dengan ciri bil pecahan yang unik.

Tidak lama lagi perkhidmatan Boost dijangka akan memacu pembayaran tanpa tunai di Johor, dan membawa golongan kurang berminat menjadi ekonomi digital sama ada mereka seorang peniaga pasar malam ataupun seseorang tanpa kad kredit.

Pengguna telefon pintar yang berminat untuk menggunakan aplikasi Boost, boleh memuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here