ASUS ZenFone Max Pro M1 – Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Mei 2018

280
**********

 ASUS telah mengumumkan model pertenghan diberi nama ZenFone Max Pro M1 untuk bersaing dengan model kelas pertengahan terutamanya dari model Xiaomi. Malah, model ini memiliki harga yang mampu milik, ia menawarkan spesifikasi yang lebih baik.

ASUS ZenFone Max Pro M1 menampilkan paparan skrin bersaiz 6.0 inci dengan resolusi 2160 x 1080 piksel, pemproses Snapdragon 636 dan juga pengimbas wajah untuk membuka kunci. Salah satu kelebihan yang ada pada telefon pintar ini adalah ditawarkan dengan bateri sebesar 5000mAh serta dioperasikan oleh Android Oreo tulen versi terkini.

Hadir dengan memori RAM sebesar 6GB dan storan berkapasiti 64GB, ZenFone Max Pro M1 menyokong dwi-kamera utama 16MP + 5MP dengan aperture f/2.0, manakala kamera hadapan pula beresolusi 16 Megapiksel dilengkapi softlight LED flash serta mampu membuat rakaman video UHD 4K.

Di Malaysia, ASUS ZenFone Max Plus M1 dijual pada harga RM899, model terbaru ini juga dijangka akan dipasarkan pada sekitar harga tersebut sekiranya memasuki pasaran Malaysia kelak.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here