ASUS ROG Zephyrus M Dan Beberapa Laptop Lain Diperkenalkan Dengan Pemproses Intel Generasi Ke-8

492
**********

Asus Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan sejumlah laptop gaming terbaharu salah satunya ialah ROG Zephyrus M (GM501) yang dikuasakan pemproses Intel Core generasi ke-8. Selain itu, antara laptop lain yang diperkenalkan adalah ROG Zephyrus (GX501GI), ROG G703, ROG Strix SCAR Edition, dan ROG Strix Hero Edition. Kesemua laptop ini dikuasakan pemproses Intel Core generasi ke-8 dengan teknologi Aura Sync yang membolehkan pemain mengubah pencahayaan mengikut kehendak masing-masing.

ROG Zephyrus M (GM501)

ROG Zephyrus M sebuah laptop yang mampu memberikan pengguna pengalaman bermain seperti desktop-gaming dengan prestasi yang setanding, tetapi pada saiz yang kompak. Laptop ini dikatakan laptop ternipis di dunia.yang menggunakan pemproses Intel Core generasi ke-8 dan grafik NVIDIA GeForce 1070 (Max-P). Bahagian paparan dipadankan skrin berteknologi IPS dengan kadar segar semula setinggi 144Hz dan kadar respon serendah 3ms. Zephyrus M juga menyediakan perisian khas dimana pengguna boleh menukar mod GPU mengikut situasi.

 

ROG Zephyrus (GX501GI)

ROG Zephyrus pula masih dikekalkan dengan pemproses generasi ke-8 yang sama, cuma untuk kad grafik telah ditukar kepada NVIDIA GeForce GTX 1080 (Max-Q). Skrin yang digunakan ialah bersaiz 15.6-inci dengan tubuh badan bersegi melalui teknologi ROG- Sistem Aerodinamik Aktif (AAS) untuk memastikan sistem penyejukan Anti-Dust Cooling dan Fan Overboost berfungsi tanpa sebarang masalah.

 

ROG G703

ROG G703 dibekalkan pemproses Intel Core i9 generasi ke-8 dan grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 yang baik untuk gaming. Skrin sebesar 17.3-inci menempatkan paparan FHD IPS dengan kadar segar semula sehingga 144Hz, masa respon 3ms, NVIDIA G-SYNC, dan salutan Anti-Silau. Melalui storan HyperDrive, pengguna kini ditawarkan kepantasan RAID 0 SDD sehingga 8,700 MB/s.

 

ROG Strix GL503 Hero Edition

ROG Strix HL503 Hero Edition diilhamkan daripada pertandingan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) seperti Legue Legends dan Dota 2. Sumber kuasa untuk laptop in menggunakan pemproses Intel Core i7 generasi ke-8 serta kad grafik NVIDIA GeForce siri ke-10. Didatangkan paparan 120Hz ia juga menyokong pandangan sudut lebar berteknologi sRGB. Laptop ini dibungkuskan bersama kipas penyejuk Anti-dusk Cooling (ADC) yang mampu memanjangkan jangka hayat laptop ke tahap yang paing maksimum.

 

ROG Strix GL703 SCAR Edtion

ROG Strix GL703 SCAR Edtion direka khusus untuk pemain yang gemarkan permainan Counter-Strike, Overwatch, dan Team Fortress 2 serta lain-lain. Dikuasakan Intel Core i7 generasi ke-8 dan NVIDIA GeForce siri ke-10, ia dilengkapi paparan IPS 144Hz, respon 3ms, dan teknologi G-SYNC. Selain itu, ciri yang dimuatkan antaranya ialah Aura Sync, N-key , dan kepantasan butang visual. Strix SCAR Edition membantu laptop sentiasa bebas daripada habuk.

Buat masa ini pihak ASUS ROG masih belum mengumumkan harga bagi setiap produk. Ia dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi tanpa tarikh khusus.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here