A&S Membuka Pasaran Di Malaysia Dengan Menawarkan Beberapa Peralatan Rumah

4319
**********

Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd sedia menawarkan produk audio daripada jenama JBL, Harman Kardon, dan AKG untuk pasaran Malaysia. Baru-baru ini dalam majlis pelancaran produk terbaru, mereka telah mengumumkan beberapa jenama telah dibawa masuk ke pasaran tempatan antaranya Ultimate Ears dan Geneva.

Jika Ultimate Ears dan Geneva lebih mengutamakan speaker muzik yang bersaiz kompak dan mudah dibawa, sebuah lagi jenama ini mungkin boleh dikategorikan sebagai peralatan elektrik untuk kegunaan di rumah yang dikenali sebagai A&S.

Buat masa ini untuk pasaran Malaysia, jenama A&S hanya menawarkan produk-produk seperti televisyen LED, bar bunyi, speaker, dan fon telinga. Untuk paparan hiburan A&S memperkenalkan TV LED dengan saiz 32-inci hingga 49-inci yang berharga RM799, RM1,099, dan RM1,399 seunit. Televisyen dengan skrin jelas ini dalam masa sama boleh digandingkan bersama sistem audio berkualti tinggi A&S untuk memberikan nilai hiburan ke tahap yang lebih tinggi.

Jadi untuk bahagian audio pula, pengguna boleh mendapatkan bar bunyi dengan saluran 2.1 atau bar bunyi tanpa wayar dan bar bunyi berteknologi Dolby Atmos masing-masing pada harga RM499, RM799, dan RM2,299 sebuah. Kesemua bar bunyi ini direka dengan rekaan minimalis serta moden sekaligus memberikan ruang didalam rumah tampak kontemporari.

Wakil A&S yang mana jenama di bawah payung Hot Gadgets turut mengumumkan bahawa Malaysia bakal menerima produk-produk lain seperti peti ais, mesin basuh dan pendingin hawa di masa akan datang. Bagaimanapun, tiada tarikh khusus diumumkan buat masa ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan barangan A&S, anda boleh layari laman rasmi A&S di samping boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Berminat, beli di Lazada.

 

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here