Aplikasi Buku 555 – Kenangan Zaman Kanak-Kanak

426
**********

Anak-anak zaman 70-an atau 80-an mesti tahu buku 555, kan? Walaupun buku kenangan ini agak sukar untuk mendapatkan lagi di pasaran tempatan, tetapi masih ada lagi yang ingin dapatkannya selagi ada kedai yang menjual.

Demi mengejar kepantasan dunia digital masa kini, Buku 555 kini telah ditawarkan dalam bentuk aplikasi, di mana anda boleh memuat turun di platform Android dan iOS. Dalam aplikasi ini, anda boleh membuat catatan dan semakan hutang sedia ada, termasuk mengetahui jumlah hutang yang dibuat oleh anda dan peminjam.

Dengan aplikasi Buku 555 ini, semua dokumen hutang akan dipermudahkan hanya di tapak tangan anda.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here