Acer Predator Tampil Sebagai Penaja Pasukan Geek Fam

648
**********

Acer Predator selaku jenama komputer gaming terkemuka di Malaysia hari ini mengumumkan syarikat mereka kini menjadi penajan kepada pasukan Geek Fam dengan serta merta. Geek Fam merupakan salah satu pasukan e-Sukan yang terkenal di Malaysia khususnya dalam permainan Dota 2 dan League of Legends (LoL).

Melalui penajaan Predator kepada pasukan ini, ia secara tidak langsung dapat memberi suntikan dana dan pada masa sama membawa nama Predator ke tahap yang lebih tinggi. Acer Malaysia turut membantu pasukan Geek Fam dalam menyediakan peralatan komputer seperti komputer desktop, monitor, dan laptop.

Awal tahun ini, pasukan Geek Fam telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan Asia Pacific Predator League 2018 dengan mengalahkan pasukan dari Indonesia dalam perlawanan akhir.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here