Acer Mengemaskini Komputer Gaming Acer Nitro 5 – Sokong CPU Intel Generasi Ke-8

538

Acer telah melancarkan sebuah komputer gaming yang telah dinaiktaraf kepada Acer Nitro 5, yang mana menggunakan CPU Intel generasi ke-8. Menampilkan paparan skrin 15.6 inci Full HD IPS, ia dilengkapkan dengan pemproses Intel Core i7 dan Core i7+ yang hadir dengan teknologi memori Intel Optane, memori DDR4 sebesar 32GB dan juga storan NVMe berkapasiti 512GB.

Dari segi grafik pula, komputer gaming ini masih mengekalkan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti sepertimana model sebelum ini, tetapi ia diperbaiki lagi dengan sokongan adapter Intel Wireless-AC 9560 2×2 802.11ac yang menjanjikan prestasi permainan atas talian yang lebih lancar.

Selain itu, Acer Nitro 5 terbaru ini juga hadir dengan sambungan seperti USB 3.1 Type-C, HDMI 2.0 dan juga port LAN Gigabit Ethernet untuk memberi anda pengalaman gaming yang lebih hebat.

Menurut Acer, komputer gaming Nitro 5 ini akan hadir ke pasaran Amerika Syarikat dan EMEA pada bulan Mei 2018 dengan harga USD749 (kira-kira RM2,866) dan €799 (kira-kira RM3,763).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here