[Video] Hannah Delisha Jemput Kami Ke Pelancaran Huawei Nova 2 Lite

319
**********

Semalam kami dikirimkan satu video yang menampilkan Hannah Delisha sebagai duta produk jenama Huawei. Didalam permulaan video yang dikirim, artis wanita tersebut dilihat memberi ucapan salam yang dituju khas kepada kami di eRing. Dalam video berdurasi 1:12 ini, beliau juga mengingatkan kepada kami untuk menghadiri majlis pelancaran telefon pintar terbaru Huawei Nova 2 Lite pada 15 Mac ini.

Di penghujung video, kita boleh lihat Huawei menggunakan tagline “Double The Capture, Double The Like”. Menurut khabar angin, peranti ini dibekalkan dengan skrin bersaiz 5.99-inci IPS HD+ yang dikuasakan cip Snapdragon 430 berbanding Kirin 659 pada Huawei Nova 2i sebelum ini. Ia juga menyediakan dwi-kamera depan dan belakang bersama kapasiti bateri 3,000mAh.

Apa-apapun kita tunggu sehingga pelancarannya dalam masa terdekat ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here